Wednesday, May 17, 2017

Terperangkap dalam Kebisuan

  Aku duduk di tepi, mendengar perbualan mereka.  Mereka bermula mengutuk orang di baliknya, mengukirkan senyum musang pada wajah semasa menyinggung kelucahan.  Ketawa mereka membisukan daku.  Kegelian hati terperangkap dalam sangkar nurani.  Aku mengetahui bahawa tidak sedap matalah untuk kita mengutuk orang lain di belakangnya.  Lebih salahlah untuk kita membesarkan dan mengagungkan peterana kelucahan yang memang melucukan diri kadangkala tetapi, pada masa yang sama, menjijikkan hati yang kebal akan jenaka lucah yang berulang-ulang.

  Patutkah aku melepaskan diri dari sangkar nurani, melindungkan nurani sementara, menyertai mereka mengutuk orang?  Patutkah aku melepaskan diri daripada sangkar nurani, melindungkan nurani, turut mencipta senda lucah yang tidak tampak yang memperdekah-dekahkan mereka?  Kalau pengawalan akhlak kita tunjukkan, orang mengatakan bahawa kita berpura-pura.  Adakah ini bermaksud bahawa aku patut membebaskan diri daripada belenggu rasa dan sesat dalam kelenaan dan keseronokan senda?  Adakah aku dapat mencari diri kembali selepas keriangan fana ini?  Aku bisu, diam, tidak tahu membuat pilihan, terus menyumbatkan senda lucah mereka yang tidak kena pada telinga.  Hatiku berang, resah, memikirkan moral manusia yang semakin tidak dipedulikan; memikirkan manusia yang tidak tahu membedakan yang patut daripada yang tidak patut lagi tetapi mengutamakan gurau lucah sebagai pelipur lara pada waktu lapang.

Perpisahan yang Rela?

 Perpisahan? Kalau berpisah, mengapakah saya tidak mempunyai rasa, malah bersikap rela?  Aku sendiri tidak tahu tentang cara mengungkapkan p...