Wednesday, January 31, 2018

Perdebatan Sungai Hao Liang/ Perdebatan Kegembiraan Ikan

Dalam sejarah China, pernah terjadilah perdebatan cemerlang antara dua orang sarjana Cina.

Dua orang ahli falsafah China, Zuang Zi dan Hui Zi sedang bersiar-siar di jambatan. Ketika memandang ikan-ikan yang berenang bebas di dalam kolam di bawah jambatan, Zuang Zi berkata: "Lihatlah kebebasan ikan yang berenang di dalam kolam. Begitu gembiralah mereka!"

Hui Zi pula berbantah: "Kamu bukan ikan di dalam kolam, bagaimanakah kamu mengetahui bahawa ikan itu gembira?"

Zuang Zi menjawab: "Kamu bukan daku, bagaimanakah kamu mengetahui bahawa aku tidak mengetahui bahawa ikan-ikan itu gembira?"

Hui Zi meneruskan: "Aku bukan kamu, jadi aku tidak mengetahui pengetahuanmu tetapi kamu juga bukan ikan, jadi kamu pun tidak mampu mengetahui sama ada ikan di dalam kolam itu gembira atau tidak."


Bulan yang Berdarah

Bulan oh bulan
mengapakah kamu berdarah?
kesumat dada memerah?
kelaraan mengalirkan tangisan darah?
sinar jernihmu tidak kelihatan lagi
tetapi berbaur urat-urat darah
yang memanjat simpati umat bumi.

Bulan oh bulan
semoga engkau tidak melupai
kesucian rupamu yang mula
yang pernah menjadi tempat bergantung
pelbagai doa kudus dan titipan kasih sejati
semoga kemerahan yang melarat ini
hanya ketabahan senyum sementaramu
dalam kenyataan parah
yang tidak selalu memakbulkan doa.

Hubaya-hubaya kami dapat menyaksikan
senyum heningmu
pada hari esok.

Pui Wen Hang
31.1.2018
Kuantan, Pahang.

Perpisahan yang Rela?

 Perpisahan? Kalau berpisah, mengapakah saya tidak mempunyai rasa, malah bersikap rela?  Aku sendiri tidak tahu tentang cara mengungkapkan p...