Pada malam ini, aku sepi
Bayu bertiup dari dunia gelita
membelai pipiku
Aku berpaling menjengah malam
Malam begitu lena
setia ditemani kerdipan bintik-bintik cahaya
Terbayanglah diri yang terbalut dengan selimut
bertemankan ketenangan kegelapan malam
mendengar desir bayu dingin yang menjagaku
Ah, alangkah baiknya kehanyutan dalam balutan selimut!
Malangnya kerjaku masih tidak siap
Pemandangan latar komputer yang penuh dokumen
cukup menertekankanku.
# Catatan: Ini catatan perasaanku pada suatu malam kerja kursus.
Thursday, November 9, 2017
Sunday, November 5, 2017
Tercabut
Aku
berkeliaran
tanpa hala
tanpa rancangan.
Jiwa
tercabut daripada mimpi
memerlukan masa
menyesuaikan diri.
Ya
Biarlah aku berpijak di bumi nyata
menyusuli langkah kebanyakan manusia
asalkan pembisuan menyelamatkan daku
di tengah keramaian kota.
berkeliaran
tanpa hala
tanpa rancangan.
Jiwa
tercabut daripada mimpi
memerlukan masa
menyesuaikan diri.
Ya
Biarlah aku berpijak di bumi nyata
menyusuli langkah kebanyakan manusia
asalkan pembisuan menyelamatkan daku
di tengah keramaian kota.
Rahmat Hujan
Hujan
Segala yang jelas menjadi kabur
Segala yang nyata menjadi syahdu.
Hujan
Pokok berlenggok
melambai mengikut irama.
Hujan
Tiga orang gadis menekup mulut
berjalan seiring tersenyum silu
Hati tertawar oleh kesegaran hawa
Jiwa tercium bau hujan yang harum.
Hujan
Tiga orang lelaki menyeberang jambatan
Bibir diketapkan, langkah dideraskan
berlari sambil menjerit ke hujung
Ah!
Hujan membawa rahmat
Yang runsing menjadi keanak-anakan
Yang serius melonjak-lonjak ria.
Hujan
Segala yang jelas menjadi kabur
Segala yang nyata menjadi syahdu.
Segala yang jelas menjadi kabur
Segala yang nyata menjadi syahdu.
Hujan
Pokok berlenggok
melambai mengikut irama.
Hujan
Tiga orang gadis menekup mulut
berjalan seiring tersenyum silu
Hati tertawar oleh kesegaran hawa
Jiwa tercium bau hujan yang harum.
Hujan
Tiga orang lelaki menyeberang jambatan
Bibir diketapkan, langkah dideraskan
berlari sambil menjerit ke hujung
Ah!
Hujan membawa rahmat
Yang runsing menjadi keanak-anakan
Yang serius melonjak-lonjak ria.
Hujan
Segala yang jelas menjadi kabur
Segala yang nyata menjadi syahdu.
Lambaian Malam
Ketika malam datang menguncup diri
langitlah hiasan yang paling indah
dengan bintang bertaburan pada latar terbentang ini
dan mimpi datang menggamit kerinduan
pengembaraan bersama kesayangan
mendayung sampan
di laut fantasi aku denganmu
dan langitlah hiasan yang paling indah.
dan langitlah hiasan yang paling indah.
Thursday, October 19, 2017
Kian Lemas
Mataku semakin kecil
Pandanganku semakin kabur
Jiwaku semakin sempit
tidak tertampung simpati sedikit.
Terkandaslah aku
di hadapan benteng yang mubina
Seksalah aku
di sempadan
keinginan meluahkan kata
namun tidak mampu.
Memandangmu
Aku kebuntuan kata
semakin bingung
di peti sejuk dunia
Asing, tidak selamat, sunyi
Meninggalkan balutan kasih yang suam
Meneroka dunia bersendiri
Hanya dapat kupandanglah kamu
di hadapan kabus dingin
yang membatasi aku denganmu
keluargaku.
Memandangmu
Baru kurasai
kedinginan
yang menyelinap menerusi tulang
ke jiwa.
Madu bicara yang tidak pernah disiram
membeku dan kelat.
Sekian lama aku kebas
Kini baru kusedari
kesejukan
kelemahan
kecacatan
dalam permainan perkataan
Hanya mampulah aku melambai
meminta kasih dalam kebisuan
di hadapan benteng
di hadapan kabus
di antara aku denganmu
keluargaku.
Jalan di bawah kakiku
penuh onak dan lubuk
Sesekalilah aku terperangkap
Sesekalilah aku terhenyak tak pulang.
Maka bermulalah aku khuatir
Maka bermulalah aku hati-hati
Dengan tiap-tiap langkah, aku perlu berhati-hati
merangkak di jambatan tergantung
kerana andai jalan ini diteruskan
aku dan kamu
akan berpusar
dalam khayal keduniaan
yang kita ingat akhir dongeng yang gembira
Oh, keluargaku.
Mungkin
hanya dapat kutintakanlah
kecintaan kepadamu
yang kuukirkan dengan darah
pada kertas saksi kedambaan ini
bahkan kecintaan ini
kadangkala kering dan hilang
tidak terasa, tidak tercari
dalam sanubari
yang kadangkala tidak kuerti
yang kadangkala kutakuti.
Kian terasalah
kakiku yang tenggelam
perlahan-lahan
ke dalam lumpur kebisuan
ke dalam keranda kebahagiaan
bawah kesedaranku.
Hatiku tertutup
Mataku tertutup
Naluriku berhenti mencari
harap yang tidak pasti
Pandanganku tergoda
oleh warna-warninya telefon pintar
Lemas
dalam dunia bahagia yang kusangka hakiki.
Pandanganku semakin kabur
Jiwaku semakin sempit
tidak tertampung simpati sedikit.
Terkandaslah aku
di hadapan benteng yang mubina
Seksalah aku
di sempadan
keinginan meluahkan kata
namun tidak mampu.
Memandangmu
Aku kebuntuan kata
semakin bingung
di peti sejuk dunia
Asing, tidak selamat, sunyi
Meninggalkan balutan kasih yang suam
Meneroka dunia bersendiri
Hanya dapat kupandanglah kamu
di hadapan kabus dingin
yang membatasi aku denganmu
keluargaku.
Memandangmu
Baru kurasai
kedinginan
yang menyelinap menerusi tulang
ke jiwa.
Madu bicara yang tidak pernah disiram
membeku dan kelat.
Sekian lama aku kebas
Kini baru kusedari
kesejukan
kelemahan
kecacatan
dalam permainan perkataan
Hanya mampulah aku melambai
meminta kasih dalam kebisuan
di hadapan benteng
di hadapan kabus
di antara aku denganmu
keluargaku.
Jalan di bawah kakiku
penuh onak dan lubuk
Sesekalilah aku terperangkap
Sesekalilah aku terhenyak tak pulang.
Maka bermulalah aku khuatir
Maka bermulalah aku hati-hati
Dengan tiap-tiap langkah, aku perlu berhati-hati
merangkak di jambatan tergantung
kerana andai jalan ini diteruskan
aku dan kamu
akan berpusar
dalam khayal keduniaan
yang kita ingat akhir dongeng yang gembira
Oh, keluargaku.
Mungkin
hanya dapat kutintakanlah
kecintaan kepadamu
yang kuukirkan dengan darah
pada kertas saksi kedambaan ini
bahkan kecintaan ini
kadangkala kering dan hilang
tidak terasa, tidak tercari
dalam sanubari
yang kadangkala tidak kuerti
yang kadangkala kutakuti.
Kian terasalah
kakiku yang tenggelam
perlahan-lahan
ke dalam lumpur kebisuan
ke dalam keranda kebahagiaan
bawah kesedaranku.
Hatiku tertutup
Mataku tertutup
Naluriku berhenti mencari
harap yang tidak pasti
Pandanganku tergoda
oleh warna-warninya telefon pintar
Lemas
dalam dunia bahagia yang kusangka hakiki.
Thursday, September 21, 2017
Yoyo Cina—— Paparan Kenyataan Kehidupan
Pandanganku menapak pentas yang
sibuk dengan orang Cina yang masing-masing tunduk, bertungkus-lumus mengangkat
dan menurunkan batang kayu di tangan untuk memusingkan Yoyo Cina
selaju-lajunya. Wajah mereka setegang benang yang direntangkan; tangan mereka
terayun selaju aliran kecemasan akan kegagalan menghantar kerja kursus pada
hari esok. Seorang mengejar irama tangkas seorang lain. Ketangkasan mereka tidak dapat dikawal mereka sendiri
tetapi terpaksa disesuaikan dengan kelajuan pakar-pakar lain. Yoyo Cina itu
berputar ligat, menanti saat kecemerlangannya…
Kegagalan dalam kalangan bijak
pandai amat memalukan orang. Lihatlah seorang lelaki berkaca mata berbingkai
hitam tebal yang berdiri di belakang pentas dengan wajah kekoknya itu. Dia
melambungkan Yoyonya tetapi Yoyo itu tidak tersambut, berguling di atas pentas
sedang orang lain dapat mengayunkan Yoyo Cina ke kiri dan ke kanan dalam
lingkungan yang besar sehingga kehebatannya ini mendapat tepuk dan sorak “woooo”
yang mengiktiraf wibawanya dalam pemainan Yoyo Cina. Kini, badan lelaki yang
berkaca mata hitam tebal itu tidak tahu hendak bergerak ke mana. Wajahnya kekal
tenang, menahan kemaluan yang memerahi pipi, dihiasi senyum “alamak”. Dia
tersenyum tegang dan kekok dengan kemesraan penuh, terpaksa mengangkat tangan
lalu undur ke belakang pentas, mengakui kekalahannya.
Kegagalan di pentas Yoyo Cina begitu
biasa pada pemain-pemain Yoyo Cina. Seorang wanita Cina yang tinggi langsing
badannya tidak sengaja menjatuhkan Yoyo Cinanya ketika memusingkan Yoyonya.
Apabila menyedari bahawa irama pantasnya terputus daripada irama pantas orang
lain, dia lekas berhenti, berdiri tegak, mempamerkan wajah serius kepada
khalayak lalu mengangkat tangan. Tangannya tegak dan yakin—dia langsung tidak malu akan kekalahannya. Dia terang menghantar
mesej kekalahannya kepada khalayak dengan riak wajah seriusnya. Wajahnya
berkata: “Minta maaf, aku telah kalah.” tanpa segan silu. Setelah itu,
langkahnya tetap undur ke belakang pentas. Dia menganggap bahawa kegagalan itu begitu
biasa dalam dunia perlumbaan yang sibuk ini lalu mencapai Yoyo Cina tambahan yang
terbiar di atas pentas, meneruskan pemainan Yoyonya yang mencemaskan orang dan
menuntut kemenangan. Dia tentu berasa malu dalam hatinya kerana gagal menyamai
gaya orang lain yang tangkas dan sempurna itu.
Inilah pentas Yoyo Cina. Pemain-pemain
Yoyo masing-masing keras memberikan persembahan terbaik di hadapan khalayak.
Mereka menggetarkan tangan yang kurus sehingga tersembul tulang untuk
memusingkan Yoyo ke tahap paling laju dan Yoyo yang berputar ligat itu sedang sabar
menunggu detik kecemerlangannya. Yoyo Cina yang sabar berputar ligat, laksana
roda basikal yang tidak terlihat kekisinya kerana berputar terlalu laju, semakin
menyerlahkan cahaya kegemilangan seterusnya dan apabila kesempatan yang paling
sesuai itu sampai, Yoyo Cina terus melonjak tinggi ke puncak, mendepangkan
tangan, mendakap setiap sorak dan jerit takjub yang menerpanya. Saat itu
memerlahan pada mata penonton. Saat itu diabadikan oleh cahaya kamera dalam
sejarah peradaban Cina.
Namun begitu, saat seterusnya
selepas saat puncak itu berlalu paling penting dalam suatu persembahan Yoyo
Cina. Hati pemain Yoyo pasti berdebar-debar dan keyakinan yang merudum terpaksa
dihelanya bersama nafas tatkala Yoyo Cina yang berputar pantas di udara kian
mendarat. ‘Aku mesti menyambut Yoyo ini,' dia bertegas dalam hati. Kalau Yoyo
itu tersambut, jerit takjub dan sorak menggetarkan kebanggaan dalam hatinya.
Bagaimanakah keadaannya kalau Yoyo Cina itu gagal tersambut? Pasti malulah dia!
Namun demikian, apatah dayanya? Manusia tidak sempurna, persembahan Yoyo Cina
ini tidak tentu dan tidaklah Yoyo Cina itu dapat disambut setiap kali kerana
manusia tidak sempurna sekalipun perlatihan berkali-kali diusahakan! Maka
mereka terpaksa reda, tiada masa untuk membelai rasa gundah-gulana dalam hati.
Mereka hanya perlu menghiris kehampaan, kemaluan dan kekesalan, meneruskan
persembahan dengan mencapai Yoyo Cina yang lain, terus menggoyangkan tangan
yang memegang kayu ke atas, ke bawah untuk memusingkan Yoyo yang dikawal tali
yang berikat pada kayu itu sehingga bahawa saraf hijau menonjol pada tangannya,
pada tepi dahinya pun tidak diendahkannya…
Aku bersimpati terhadap mereka
sebenarnya. Pemain-pemain Yoyo terlalu tertekan dalam hati dan hanya mengejar ketinggian
pelambungan Yoyo Cina, ketangkasan, kemenangan, sorak dan nama baik sehingga
mengabaikan tiga rasa yang paling penting dalam kehidupan yang manusiawi:
kegembiraan, kemarahan dan kesedihan. Mereka telah dilatih menjadi robot yang
keras menggenggam hatinya yang kian merudum sebagai akibat tidak tersambut Yoyo
Cina yang telah dilambungkannya; mereka telah dilatih menjadi pelumba yang
mengejar kepantasan, tidak berhenti-henti tangkas mengangkat dan menjatuhkan
kedua-dua belah tangannya yang memegang kayu yang berikat tali yang mengawal
Yoyo Cina ke atas dan ke bawah sekalipun tangan sudah letih, sudah menonjolkan
saraf hijau sebagai tanda kerajinan yang melampau. Mereka juga terpaksa
berlari, berlari dan terus berlari untuk menyamai irama pantas orang lain yang
begitu berjaya pada mata penonton. Pemain Yoyo seperti aku—bekerja siang malam sehingga keletihan pun dibiasai dan perlu disuntik
dengan semangat positif untuk terus berjuang; sehingga kesedihan dianggap
kecacatan; sehingga kegembiraan dianggap melalaikan usaha…
“Jom, kita pergi minum teh.” Ajakan aku ini pasti mengail air mata para pemain Yoyo Cina kerana mereka bagai tidak terminum air terjun bening yang terbentang di hadapan mereka ini.
Sunday, September 17, 2017
Kita Tidak Dapat Melawan-Nya
Sekeluar aku dari perpustakaan Universiti Malaya, hujan padat yang senget diterbangkan angin sudah mengaburi deretan pokok yang menghijaukan mata dan pencakar langit yang terbiar dan lekang catnya. Angin yang menerpa pipi turut membawa batang-batang hablur hujan yang melanggar pipiku serentak, meninggalkan titis-titis pada kaca mataku——sungguh tidak menyelesakan daku.
Aku mendongak, memandang langit yang kelam. Di balik kekelaman langit, seakan-akan terjadilah pergolakan yang sungguh dahsyat di Arasy. Di Arasy yang sungguh jauh, berderumlah guruh yang seakan-akan gertakan antara dewa. Cahaya kilat melitupi sebahagian besar awan kelam itu, ragu-ragu hendak menyambar bumi. Cahaya itu menjadi panah, turun sebagai kilat setelah dibenarkan-Nya, merakamkan segala cela dan kehodohan manusia yang selalu berdosa tanpa disedari . Tuhan berniat memalukan kita, mengingatkan kita akan betapa tidak sempurnanya dan bebalnya kita. Bendera berkibar galak, kehilangan tertib yang sopan. Hatinya gelisah ketika menyaksikan kedatangan bencana ini, lekas berkibar sekuat-kuatnya untuk mengalu-alukan kebesaran-Nya. Semua orang menekup pipi dengan belakang telapak tangan. Inilah kebesaran Tuhan! Tuhan menghendaki bahawa kita menyembah-Nya dan sesiapa pun tidak dapat melawan-Nya.
Tiba-tiba, batang-batang hablur hujan memanjang dan menajam, menjadi lembing yang berbisa, menusuk atap kereta yang tersekat di jalan. Sekarang, barulah aku menyaksikan hujan yang turun deras seperti lembing perang yang menerjah tanah, sebagaimana yang disifatkan oleh Shahnon Ahmad. Angin yang menyedari perubahan ini turut memadankan diri dengan taraf hujan, menjadi lebih kencang, lebih kejam menampar orang. Penghentakan yang kejam ke atas atap kedengaran lebih lantang dan tegas——niat pembunuhan lembing hujan lebih tegas sekarang. Maka, teksi sudah sampai. Aku, Ah Chai, Pokjim dan Emang terpaksa meredah hujan untuk mencapai sasaran. Sekeluar dari atap di depan pintu perpustakaan, lembing-lembing hujan itu menerjah tekukku, bajuku, begkku, rambutku tanpa peri kemanusiaan. Setiap penerjahan menyertakan angin yang kencang yang menghantar semacam kedinginan ke tulang. Aku menggigil, lekas menjeritkan: "Sejuk!" di dalam teksi. Sudahlah angin kencang mendinginkan tubuhku; sekarang lembing-lembing hujan yang dingin ini melemahkan sendiku pula.
Di Kafe 12 Universiti Malaya, aku termenung kepada lembing-lembing hujan yang menyerang bumi serentak. Penyerangan yang padat dan kejam itu menjatuhkan kebingitan kepada suasana. Semua pemakan di sana terpaksa menahan nafsu bercakapnya mereka sehingga tekanan tenggelam dan timbul dalam hati kerana mereka tidak dapat melawan daulat Tuhan terhadap bumi ini. Aku langsung kehilangan keinginan untuk berkata. Meluatlah aku ketika melihat kawan di depanku yang asyik merenungku, merenung makananku dengan tangan yang saling menggenggam, dengan wajahnya yang berharap penuh. Dia seakan-akan ingin membuka mulut untuk berbual denganku. Aku meluat bukan kerana membencinya tetapi tekanan dalam hatiku daripada kebingitan penerjahan hujan memaksa dia diam kerana sesungguhnya, aku tidak dapat melawan Tuhan! Sekalilah aku bercakap malah menjerit untuk memperdengarkan suara, sekalilah Tuhan menderumkan kafe ini dengan guruh, menyuruh kami diam dan mendengar-Nya, menyembah Dia yang jauh lebih sempurna daripada kami. Kata-kata kami hina; hanya nasihat-Nyalah yang termulia.
Tuhan tidak murka. Dia hanya menekankan ketegasannya sebagai tuan kepada kita. Dia hendak mengingatkan kita bahawa Dialah tuan kita——sesiapa pun tidak dapat melawan lembing hujan-Nya yang kejam menerjah tubuh; sesiapa pun tidak dapat menjerit lebih kuat daripada bunyi padat lembing-lembing hujan yang dihentakkan-Nya serentak ke atas bumi. Kebesaran Tuhan yang diturunkan ini menghormatkan dan menghambakan kita akan-Nya.
Saturday, September 9, 2017
Maghrib atau Magrib?
"Maghrib" atau
"magrib"? "Ghaib" atau "ghaib"? Dalam Indonesia,
bagi kata pinjaman yang ada gh غ, huruf rangkai
pinjaman Arab, gh غ akan disesuaikan
kepada g ݢ, konsonan asli bahasa Melayu. Maka dalam
Indonesia, yang baku "magrib" dan "gaib" (Andi Dwi Handoko,
2011).
Bunyi
asing disesuaikan kepada bunyi jati Melayu kerana orang Melayu tidak dapat
menyebut bunyi Arab. Kesusahan menyebut huruf asing pernah berlaku pada abad
ke-15 dalam Sejarah Melayu. Makhdum Arab yang bernama Makhdum Sadar Jahan
menyebut "kunyit" sebagai "kuzit" (ny پ bahasa Melayu disebut z ز
bahasa Arab); "nyiru" sebagai "niru" (bunyi Melayu ny Ú½ dihilangkan dan diganti dengan n Ù†); "kucing" disebut
"kusyin" (bunyi Melayu ng Ú
disebut bunyi Arab sy Ø´). Orang Arab itu
tidak dapat menyebut ny Ù¾dan ng Ú kerana ny Ú½
dan ng Ú bunyi Melayu, tidak terdapat dalam bunyi
bahasa Arab, oleh itu lidah kearabannya tidak betah lalu tertukar bunyi kepada
bunyi Arab sy ش (kusyin) dan z ز (kuzit). Kerana bunyi ny ڽ tiada dalam bahasa Arab, makhdum itu menghilangkan bunyi ny
dalam "nyiru" lalu menyebut "niru" (A. Samad Said,
2015:247).
Kisah
di atas mendorong usaha penyesuaian bunyi asing kepada bunyi jati bahasa
sendiri. Oleh sebab orang Melayu tidak dapat menyebut gh غ yang hanya terdapat dalam bahasa Arab, gh غ patut disesuaikan kepada bunyi kemelayuan g ݢ yang agak dekat bunyinya dengan gh ع.
Oleh itu, orang Melayu menyebut "ghaib" sebagai [gaib] dan
"maghrib" sebagai [magrib]. Itu orang Melayu yang tidak mempelajari
Arab. Jika orang Melayu itu mempelajari bahasa Arab, dapatlah dia menyebut
bunyi gh غ itu. Namun demikian, oleh sebab gh ݢ bukan bunyi Melayu jati tetapi bunyi
bahasa Arab, kita tidak boleh sesuka hati menyerapkan bunyi gh ݢ kerana ini akan mengarabkan bahasa Melayu
sehingga bahasa Melayu kehilangan wajah asal! Lagipun, penerimaan bunyi Arab
tidak adil untuk penutur orang Melayu jati yang tidak pernah mempelajari bahasa
Arab dan mengenal bunyi-bunyi bahasa Arab. Bahasa Melayu bahasa Melayu; bahasa
Arab bahasa Arab--berbeda, masing-masing ada bunyi tersendiri, tidak boleh
dicampuradukkan sesuka hati.
Oleh itu, mengikut bunyi Melayu,
"maghrib" daripada bahasa Arab hendaklah disesuaikan menjadi bentuk
bahasa Melayu "magrib" yang berbunyi [magrib/ماغريب]] manakala "ghaib" daripada bahasa Arab juga harus
disesuaikan kepada bentuk bahasa Melayu "gaib" yang berbunyi [ghaib/غايب]. Ejaan yang sepatutnya baku
"magrib" dan "gaib".
Rujukan:
A. Samad Said. (2015). Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Andi Dwi Handoko. (2011). Maghrib atau
Magrib. Dicapai pada 9 September 2017, daripada: https ://dapurimajinasi.blogspot.my/2011/12/maghrib-atau
magrib.html?m=1
Monday, July 17, 2017
Dengung Loceng Rindu di Pangsapuri Mak Saudara
Rumah baharu mak
saudara terlalu besar. Di ruang tamu, lantai dibuat daripada hablur yang
memantulkan cahaya. Di lelangit, terlekatlah sebuah pendingin hawa empat segi
yang berkekisi yang hanya digunakan di pusat membeli-belah. Apabila anda duduk
di sofa kulit yang berbentuk U itu sambil menonton acara televisyen yang
melekat pada dinding, anda akan merasai hawa dingin dari atas kepala yang
merebak ke seluruh ruang tamu, mencipta suasana yang begitu selesa untuk
seseorang terlelap semasa menonton rancangan televisyen. Aku berasa gembira
untuk mak saudara kerana akhirnya dia tidak perlu terikat oleh sewa pangsapuri
dan memiliki rumah banglo sendiri yang mencakar sebidang tanah yang luas.
Ya,
rumah ini memang kaya; memang raya. Kalau pergi ke sana sini, aku pasti terbau
kekayaan; bau udara segar yang berbaur dengan bau kulit sofa yang segar. Namun
begitu, kesunyian bermula bersarang dalam hati apabila sekian lama menetap di
sini. Beberapa kilat gambar terkelip begitu sahaja dalam gedung kenanganku —komputer Windows
XP di dalam bilik komputer, PS2 di ruang tamu sampingan tepi bilik
komputer, bilik orang gaji, ruang tamu pangsapuri tempat bahawa aku selalu
terlena setelah menonton Pink Panther hingga 12.00 malam. Ya, aku
mengakui bahawa aku sesungguhnya merindui kenangan perhubungan bersama di
pangsapuri lama. Begitu besarlah rumah ini tetapi perhubungan kami sekarang
begitu terpencil, hati begitu kecil...
Aku
paling rindu akan tingkat ketiga pangsapuri mak saudara. Tingkat ketiga itu
tempat ajaib pada aku yang masih kecil pada masa dahulu. Rumah orang lain tiada
tingkat ketiga, hanya rumah mak saudaralah yang ada. Lantai luar tingkat ketiga
sempit sahaja, dilapisi kayu cengal yang berbau harum. Aku ingat akan bau itu
sampai sekarang. Tingkat ketiga ada tiga buah pintu. Pintu kiri bilik “kakak”
atau orang gaji; pintu tengah bilik komputer; pintu kanan ruang tamu kedua atau
ruang tamu sampingan untuk tamu. Pada masa kecil, aku dan adik selalu terperuk
di dalam bilik komputer untuk bermain komputer yang digerakkan oleh Windows
XP. Aku merindui bunyi Windows XP. Bunyi itu mengingatkan daku
kepada Zuma dan Pin Ball — dua
mainan komputer yang merindukan daku kepada zaman kanak-kanakku.
Pada
masa kecil, aku dan adik yang nakal akan masuk ke bilik tidur “kakak” (orang
gaji) untuk bermain. Bilik tidur kakak sebenarnya bilik membasuh pakaian yang
ada mesin basuh bulat yang memusingkan segumpal baju. Lelangit bilik basuh itu
berbau lembap, ada tingkap atap yang membiarkan penyelinapan cahaya. Kerana
itu, tengah bilik itu selalu ada bulatan cahaya. Tali yang berselang-seli pula
tergantung ke sana sini, penuh bajunya sehingga mukaku sering terlanggar baju
itu. Pada waktu itu, Zhi Yu, saudara perempuanku akan memasuki bilik itu sambil
tersenyum, bertanya: “Abang Hang, Abang Jie, apakah yang kalian buat di sini?
Nanti aku memberi tahu kakak, ha....” Kami tidak peduli. Selepas itu, kami pun
bermain bersama-sama, menyelak setiap baju yang berjuntai sambil berlari atau
membongkokkan kepala lalu melepasi baju yang berjuntai itu.
Bilik
komputer itu dilapisi kayu cengal juga tetapi warna kayu cengal itu merah
sedang kayu cengal di luar tingkat ketiga berwarna coklat muda. Bilik itu bagai
tempat perlindungan sejuk kami, aku dan adik daripada gangguan tamu yang sering
mengunjungi rumah mak saudara. Di kiri bilik itu, terletaklah sebuah sofa yang
bergaris badan zebra — hitam putih. Sofa itu sering menjadi tempat melompat aku dan adik.
Kadangkalalah aku akan memukulkan “bantal zebra” itu ke atas adik dan adik juga
berbuat begitu. Di hujung tengah bilik itu, sebuah komputer ada. Aku merindui
bunyi penghidupan Windows XP yang sungguh istimewa itu dan juga butang Start
hijau, gambar latar langit biru dan lembah hijau Windows XP.
Komputer sekarang amat canggih tetapi terlalu canggih sehingga membosankan
daku. Aku masih ingat bahawa aku dan adik akan bergilir-gilir bermain komputer
itu. Aku kadangkala begitu berang akan adik yang berhadapan dengan komputer itu
begitu lama sehingga aku tidak memunyai peluang bermain! Sebagai akibat itu,
aku akan meleter dan merungut kepada adik, mencebirkan bibir, memaksa adik
memberikan permainan kepada aku. Beberapa mainan menjadi nostalgiaku yang tidak
terubat hingga kini: Zuma, mainan penembakan bola kepada bola yang sama
warnanya; Pinball, mainan bahawa bola yang lincah memantul ke palang
ini, lubang itu dengan sepasang palang di dasar yang perlu dikawal untuk
mengekalkan bola itu, mengelakkan kejatuhan bola ke dalam lubang; Restaurant
City, mainan restoran dalam Facebook dan sebagainya. Pendek kata,
bilik komputer itu tempat bahawa aku dan adik meluangkan masa sehari.
Bilik
komputer itu ada sebuah pintu yang amat berahasia, yang dapat “menghantar
seseorang ke surga” pada ingatan aku pada waktu budak. Pintu itu pernah dibuka
sekali oleh mak saudara. Yang kulihat cahaya putih surga yang amat kuat
sehingga mengaburkan mataku kepada pandangan luar. Dalam kesamaran, aku hanya
melihat birai dan lorong di luar. Aku dan adik pernah tidak sengaja membuka
pintu itu sekali. Pintu itu biasa terkunci. Apabila kami bertenjet-tenjet ke
pintu itu lalu membuka tombol pintu, tiba-tibalah angin yang kuat menyerang
rambutku dan menolak aku ke belakang. Cahaya putih yang amat terik muncul
sekali lagi sehingga aku hanya melihat keputihan di luar. Aku dan adik
ditakutkan oleh cahaya putih dan angin kuat yang ngeri itu, oleh itu kami lekas
menutup pintu. Angin itu seakan-akan menegah pencerobohan kami ke tempat
keramat itu. Hingga masa sekarang, aku masih tidak mengetahui rahasia yang
terlindung di balik pintu itu. Adakah itu pintu ke alam lain; pintu ke surga;
pintu ke neraka atau hanya lorong biasa yang dijalani untuk seseorang lari
daripada kecemasan?
Bilik
komputer itu tidak sebesar begitu sahaja. Bilik di tepi bilik komputer lebih
besar. Bilik di tepi bilik komputer sebenarnya ruang tamu kedua selain ruang
tamu di tingkat dasar. Untuk memasuki ruang tamu itu, kami perlu membuka “pintu
meluncur” yang besar sampai lelangit yang berbingkai putih dengan petak-petak
separa lut sinar yang menyebabkan kesukaran pelihatan keadaan ruang tamu itu
dari bilik komputer. Aku perlu menggunakan tenaga seluruh badan untuk menolak
pintu besar itu, barulah pintu itu sanggup meluncur perlahan ke kanan — payah! Ruang tamu
itu juga berlantaikan kayu cengal yang berwarna coklat muda, seperti warna kayu
cengal di lantai tingkat ketiga. Kenangan yang paling terang di sana bahawa aku
bermain PS2 dengan adik dan Zhi Yu, adik perempuan saudaraku, anak mak
saudara. Aku akan memasang dawai-dawai PS2 pada belakang televisyen.
Proses itu amat melecehkan daku. Aku selalu terhenyak ke sofa apabila disuruh
memasang dawai PS2 oleh adik. Aku akan memerintah adik berbuat demikian dan
biasalah adik akan berdengus lalu akur sahaja. Aku suka bermain mainan
elektronik gusti yang bernama WWE (World Wrestling Entertainment) dengan
adik. Aku dan adik akan duduk di atas lantai kayu cengal yang amat mewah itu
sambil menekan-nekan butang pengawal mainan. Perbuatan pegusti-pegusti itu telah menjadi
mainan tabiat dalam otakku sehingga aku dapat mencontoh setiap perbuatan
seseorang pegusti kegemaran. Kenangan itu aku ingini sekali lagi di banglo mak
saudara sekarang tetapi televisyen sering digunakan dan PS2 sering lupa
dibawa, jadi tidak jadilah harap itu.
Selain
pintu ajaib di bilik komputer, ruang tamu itu juga ada keajaiban! Di belakang
ruang tamu itu, adalah dapur yang berlantaikan petak-petak putih supaya lantai
itu tidak rapuh setelah dititisi air. Kewujudan dapur itu tidak kami pahami
kerana pada kami, dapur sudah ada di bawah, mengapakah dapur diperlukan di atas
lagi? Siapakah yang akan membina dapur di atas rumah? Bukankah dapur di bawah
rumah? Soal-soal itu menjadi simpul yang tidak terurai pada kami yang masih
kecil. Pada waktu pagi, kami akan bermain di dapur ajaib itu. Zhi Yu akan
menyertai kami. Di kiri dapur itu, sebuah meja makan ada; di kanan dapur itu,
terdiri pulalah sebuah buah bar tempat bahawa orang minum arak. Buah bar itu
tidak diduduki bekas-bekas arak tetapi di bawah buah bar yang ada almari,
tersimpanlah pinggan-pinggan kaca yang digunakan oleh tetamu pada waktu
penyantapan.
Aku,
adik dan Zhi Yu sering bersembunyi di balik buah bar itu sambil menyelak almari
dan mengeluarkan pinggan demi pinggan lalu meletakkan pinggan-pinggan itu di
atas meja kaca putih untuk merupakan bahawa kami akan makan masakan selepas
ini. Aku sering membuka pili air untuk melihat keluarnya bongkah air ke sinki.
Aku suka merenung air yang berputar-putar di keliling lubang lalu menyelinap ke
dalam lubang. Lubang pili itu rahasia pada aku juga. Aku sering bertanya: ke
manakah air itu pergi setelah memasuki lubang? Adakah dunia baharu di dalam
lubang itu? Kadangkalalah aku, Zhi Yu dan adik akan menyemburkan air di dalam
tapak tangan yang tertadah di bawah pili kepada satu sama lain sehingga
berlari-lari dan berkejar-kejaran. Bongkah sinki itu sering ada titis-titis air
besar yang berselerak sehingga mak saudara menaiki aras ini lalu bercekak
pinggang kepada kami.
Ruang
tamu utama juga menjadi kerinduanku pada waktu senggang. Sambil duduk di kerusi
beroda di dalam bilik komputer banglo luas yang berbau kayu cengal juga, aku
terbayang ruang tamu pangsapuri yang menyelimuti badan itu. Aku masih mengenang
bahawa aku akan berbaring di atas sofa sambil bersengkang mata di hadapan
televisyen yang berkaki di atas meja hingga lewat malam, semata-mata untuk
menonton kartun. Pada waktu itu, aku demam. Aku lupa akan masa bahawa aku
terlena di atas sofa itu. Pada waktu malam, aku juga akan menonton televisyen
bersama Zhi Yu yang kecil dan gempal pada waktu kecilnya. Aku masih mengingat
pipi gemuknya. Kerinduanku terikat pada tiang masa itu — pada masa bahawa aku, adik dan Zhi Yu hanya
hendak duduk dengan bahu bertembung dengan bahu sambil menonton rancangan
televisyen tanpa merisaui hari esok. Di kiri ruang tamu, adalah meja bulat
hitam yang dibuat daripada batu. Setiap kali bahawa kami balik dari rumah orang
lain, benda pertama yang kupandang meja bulat batu hitam itu. Beg plastik demi
beg plastik belian pasti diletakkan di atas meja itu.
Begitu
inginnya hatiku akan masa bahawa kami banyak bergerak itu — merebut komputer, meneroka
pintu berahasia, bermain pili air, menonton televisyen, bermain PS2....
Sekarang, kami sudah besar: sudah memunyai dunia peribadi masing-masing; sudah
memunyai kumpulan WhatsApp masing-masing. Tulang pun sudah berat, hanya
hendak membebani kerusi sepanjang hari, malas bangkit untuk bersapa. Oleh itu,
tidak menghairankan oranglah bahawa pergaulan kami terbatas kepada pergaulan
dengan kawan-kawan dalam alam maya sahaja. Tanpa telefon bimbit dan I-Pad
dalam dukungan, kita bagai ikan yang sesak nafas, tercungap-cungap kerana
mendahagai udara dunia maya yang begitu sebati dengan kita. Kerana suka
menyalurkan hati dalam kata, kita lupa berhubung dengan orang nyata di dunia
nyata. Ya, rumah mak saudara kini begitu besar, begitu mewah, berdikari di
sebidang tanah besar tetapi apakah makna kebesaran itu jika rumah itu sunyi
sepi sahaja sekalipun ada manusia yang menginap di dalam? Di banglo yang maha
mewah itu, kita mengabaikan kehadiran masing-masing, terhenyak di sofa dengan
pandangan kepada cahaya telefon terpantul ke muka kita.
Ya.
Rumah kini lebih luas daripada pangsapuri dahulu tetapi hatiku terpencil di
sini, besar di sana. Loceng rindu sedang berdengung, menyeru aku supaya aku
kembali ke bilik komputer pangspuri itu...
Sunday, July 2, 2017
Suasana Pulang di Perhentian Kereta Api Tanah Melayu
Di kejauhan, pencakar langit yang begitu kecil terdiri di bawah awan gemuk yang berkepul-kepul. Langit dilatari warna biru muda yang menenangkan pelihat. Ketenangan di langit tidak cocok dengan kesesakan di perhentian Kereta Api Tanah Melayu (K.T.M).
Kesesakan di perhentian K.T.M. tidak huru-hara sebaliknya tenang kerana khalayak berdiri sambil merenung masalah kehidupan masing-masing untuk mengisi kekosongan penungguan. Orang ramai yang rapi berkumpul sedang menanti kereta api yang masih lama lagi kesampaiannya. Sementara menunggu kereta api, kelihatanlah bahawa perempuan-perempuan Melayu cergas menggerakkan kepalanya ke kiri, ke kanan sambil berbual supaya tidak dirayapi kekosongan semasa merenung hadapan yang tidak bermakna. Beberapa orang perempuan dan lelaki India pula duduk di tangga sambil mengunyah biji-bijian di dalam bungkusan. Seorang lelaki Melayu duduk di hadapan pagar dengan kaki berlipat, pandangannya ke hadapan tidak menghinggapi apa-apa pun: kosong, menerawang. Dapat kurasailah kebosanannya. Beberapa orang perempuan Melayu dan Cina pula tunduk sambil menggesel-gesel telefon bimbitnya, seperti amal biasa orang sekarang. Aku menduga bahawa rentak hati setiap pemulang ini tentu sayu tetapi di samping melayan kesayuan biola dalam hati, mereka ada keberanian untuk menghadapi tekanan kehidupan yang akan datang esok.
Aku duduk di lantai belakang pagar juga lalu meletakkan bagasi yang begitu besar dan berat, melayan kehidupan tanpa hiburan; melayan kepudaran kehidupan dengan merenung lalu-lalang lautan manusia yang berulang-ulang dan tidak istimewa. Mata hari tiba-tiba memancar dari belakang. Aku menoleh, tidak dapat terus melihat mata hari yang begitu terik dan menyilaukan mata di tengah langit. Tengkuk dan tanganku merasai kesuaman yang agak panas, bukan kepanasan yang membakar kulit. Aku tidak paham mengapakah pengarang buku suka menyifatkan kepanasan mata hari sebagai kebakaran! Sekali kala terdengar oleh akulah deram kereta api dengan roda yang berguling-guling, memberikan rentak yang teratur kepada landasan. Walaupun rentak itu selesa dan teratur kedengaran, keresahan tetap tertanam dalam hati orang ramai yang tidak tahu menikmati bunyi alam semula jadi: apabila bunyi pergolekan roda itu teratur menghasilkan rentak, dengan semula jadinya, yang membimbit bagasi menguatkan pegangan; yang bertangan kosong segera membimbit beg batu mereka, takut bahawa mereka terlangkau kereta api yang datang setiap selang 15 minit. Sungguhpun begitu, bagasi mereka yang besar itu terjatuh ke lantai sekali lagi apabila mereka mendapati bahawa itu hanya kereta api di belakang.
Di samping melayan kepudaran kehidupan di perhentian, aku agak bingung juga apabila terbayang bahawa aku menunggu kereta api sampai malam. Aku terbayang rasa berjalan balik pada waktu malam bawah penyaksian bulan pisang yang tergantung jernih. Entah bagaimanakah rasa sebegitu? Aku khuatir bahawa aku yang keseorangan di sana bakal ditelan kegelapan malam yang tidak terperi kedahsyatannya!
Setelah beberapa minit, desas-desus sudah timbul. Itu tanda bahawa kereta api yang sedang berjalan dari jauh akan tiba. Pergeseran roda bagasi pada lantai sudah kedengaran di sana sini dan seperti kebiasaan, para penumpang yang hanya memandang untung diri itu berasak-asak ke hadapan kereta api tanpa tolak ansur kerana kalau bertolak ansur, mereka tentu kehilangan peluang keemasan ini dan perlu menunggu kereta api sekian lama lagi! Penungguan itu keseksaan pada mereka yang tergesa-gesa ingin pulang lalu rebah ke katil sebagai persediaan esok. Sesetengah orang berhimpit masuk ke celah orang ramai yang terpaksa mengecutkan bahu, mencondongkan badan, merapati belakang orang lain untuk menawarkan ruang sedikit sekalipun kereta api sudah sesak benar. Perasak (orang yang berasak) begitu tidak kisah sama ada diri ditolak, disentuh, sesak nafas di dalam kereta api asalkan mendapat tempat. Aku pula tahu bahawa kereta api pasti sesak pada kali ini, jadi untuk apakah aku berebut dengan mereka? Namun begitu, aku masih menjinjing bagasi besar ke hadapan, mencari kemungkinan tempat kosong. Akhirnya, aku terpaksa duduk semula di atas sebuah bangku.
Syukurlah aku mendapat bangku yang menyelesakan punggung: lebih baik daripada lantai. Kini, kesesakan sudah tinggallah kekosongan. Selesa jugalah aku diramas angin yang lembut bertiup dari belakang sambil menghirup udara bebas yang tidak sesesak udara tadi. Untuk apakah kita resah menunggu peluang pulang sedang kita dapat duduk tenang sambil mengamati setiap ciptaan Tuhan, setiap bunyi semula jadi? Biarkanlah bahawa orang yang resah jiwanya itu terus resah sampai berasak-asak ke dalam kereta api, berhimpit-himpit di dalam kereta api asalkan kita tahu memperhentikan jejak tergesa-gesa, duduk sebentar untuk mendengar ketenangan bunyi alam. Apakah salahnya berhenti setelah kita sekian sibuk setiap hari? Asalkan kita tahu meneruskan perjalanan, cita-cita tidak melorot daripada genggaman sekali-kali.
Hikmat Bas
Bas memunyai semacam kuasa ghaib. Penumpang bas pasti tidur seketika nanti biarpun mereka memandang kanan, belakang sambil berbual cergas sekarang. Siapa-siapa pun tidak dapat lepas daripada nasib ini.
Kepala-kepala yang begitu pilu selepas terpisah daripada anggota keluarga mereka tergoyang-goyang ke kiri, ke kanan seiring dengan getaran bas yang membunyikan semacam dengung yang menyeru mimpi. Perlahan-lahan, kepala-kepala yang tergoyang-goyang tidak bernyawa ini melentok ke bahu setelah dibuai ke dalam mimpi.
Aku yang membesarkan mata sambil membaca buku untuk menghilangkan rasa mengantuk pun hairan kerana getaran dasar bas di punggungku menghasilkan semacam keselesaan lama-kelamaan yang makin melenakan mataku. Tambahan pula, dengung bas yang senada selama-lamanya itu mengebaskan pikiranku malah letihlah otakku yang mencuba menduga makna di balik dengung senada itu. Otakku terumbang-ambing di sempadan kenyataan dengan mimpi, menyeru supaya aku tidur sekejap, merehatkan otak, nanti baru membaca buku.
Aku mengira itu sebagai hikmat bas yang tiada terjelas. Namun begitu, apabila bas berhenti membayar cukai perjalanan, aku tercelik segar, seolah-olah terlepas daripada lambaian dengung mimpi. Getaran dan dengung baslah punca mengantuk, aku mengira.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpisahan yang Rela?
Perpisahan? Kalau berpisah, mengapakah saya tidak mempunyai rasa, malah bersikap rela? Aku sendiri tidak tahu tentang cara mengungkapkan p...
-
Tidakkah anda bosan? Dalam 24 jam, kita hanya berhadapan dengan telefon pintar. Diam sahajalah kita. Itu kerja kita setiap hari....
-
Kehidupan yang ringkas sering menambat senyum pada wajah. Aku tidak cemburu lagi akan kawanku. Pada hari ini, daripada kawanku itu sendiri, ...