Aku tidak mengetahui sama ada anda memunyai tabiat pelik yang sama dengan aku. Di jalan raya, apabila ayahku menyalakan isyarat dan kereta hadapan kebetulan mengelipkan isyarat juga, aku suka merenung isyarat kereta hadapan sehingga seluruh otak dikuasai oleh rentak isyarat yang tertentu itu. Selepas itu, aku akan membandingkan rentak kereta hadapan dengan rentak isyarat kereta ayah. Aku selesa kalau kedua-dua isyarat itu berkelip pada masa yang sama. Kalau rentak itu tidak sama, mataku akan memaksakan bayangan kedua-dua rentak isyarat yang sama.
Friday, June 23, 2017
Thursday, June 22, 2017
Aku Masih Belum Paham
Yeah! Kawanku sudah balik pada hari ini. Akhirnya, lampu akan dipadamkan pada 10.00 malam dan bukan 12.00 pagi lagi; tutur lucahnya pun tidak mengilukan telinga dan hati yang sedia tidak mahu mendengar tutur yang bersalahan dengan pegangan diri itu. Kebebasan sudah pulang kepadaku; aku dapat menguasai seluruh bilik.
Ke manakah aku hendak pergi pada malam ini? Aku bebas ke mana-mana: Mid Valley, KL Sentral, SS2, Pasar Seni tanpa perlu mengawal kelaparan dan rasa benci itu di hadapan kumpulan kawan. Itu kebaikan persendirian. Dengan kawan, apa-apa suruhan mereka terpaksa kuakur: siapatah aku untuk aku membantah arahan itu? Aku tidak petah berkata; tidak pandai berlawak lucah; tidak pandai mengejek orang lain; tidak pandai mengajak orang lain swafoto. Jadi, aku tidak memunyai hak bercadang dan mengetuai mereka. Oleh itu, persendirian lebih selesa. Aku tidak kisah akan perjalanan yang bertemankan pacak lampu jalan yang memancarkan cahaya kejingga-jingaan sunyinya asalkan perwatakan diri sebenarnya ini dapat dipertahankan.
Walau bagaimanapun, kawanku itu masih ada di IPG. Patutkah aku mengajak kawan itu? Tak naklah. Dia sopan kepada aku apabila kita bersemuka tetapi menangkap gambar di sana sini, kadangkala menyuruh orang menolongnya menangkap gambar malah ada syarat khusus yang 'ilmiah', sebagai misal, orang itu perlu menyengetkan kamera 45 darjah dan repekan sebagainya. Aku tidak suka akan orang riak. Baiklah aku menemani diri yang lebih suka akan kenyataan daripada tangkapan kamera.
Aku berjalan ke KL Gateway untuk makan malam. Hatiku meronta-ronta sama ingin makan KFC atau makanan Cina. KFC akan merosakkan pinggang; makanan Cina lebih mahal. Namun begitu, hatiku asyik mengelipkan kilat gambar KFC yang lebih banyak kali daripada makanan Cina. Nafsu mengunyah kulit ayam goreng KFC lebih kuat namun aku berkeputusan membuang duri nafsu yang terpacak di tanah hati, memilih makanan Cina yang lebih sihat biarpun terpaksa mengorbankan RM 15. Apabila aku menaiki eskalator ke tingkat atas, aku menemuinya —— kawan berfesyenku yang suka memegang kamera itu. Aku lekas menuruni eskalator dan berlari ke bawah secepat mungkin. Malulah aku jika dia menanyaiku: "Bersendiriankah?" dengan mata terbeliak, seakan-akan menyindir aku yang pelik bersendirian.
Meja-meja di KFC sudah dipenuhi. Kawan-kawan Muslimku berbuka puasa. Kalau aku dengan kawan, kawanku pasti mengamuk kerana tidak mendapat kedudukan sementara perutnya berkeroncong, menagih makanan. Aku tidak suka akan orang bodoh lahiriah. Kesabaran itu batiniah. Aku lebih suka menguji kesabaran diri ketika berhadapan dengan masalah. KL Gateway tak jadi, pergilah ke KL Sentral!
Yang tidak kusukai tentang KL Sentral bahang udara di sana yang berkumpul daripada himpitan manusia. Terlalu banyaklah manusia di sana. Bukankah sana tempat membeli tiket sahaja? Adakah sana tempat membeli belah juga? Aku berasa pelik apabila mereka menjadikan KL Sentral tempat membeli belah kerana tempat itu sesak, susah mencari makanan dan hanya ada mesin tiket, kaunter tiket, KFC dan McDonald sahaja...apakah yang dihendaki orang ini di sana? Beg mahal, kedai buku, baju mahal? Kendatipun sana ada jualan-jualan sebegitu di NU Sentral, aku masih merasakan bahawa KL Sentral hanya tempat membeli tiket, tidak ada apa-apa lagi...
Selamat Hari Raya! Ketupat yang bergantung pada tali di udara KL Sentral mengelipkan cahaya hijau kuning yang lebih terang daripada cahaya kelmarin. Pelbagai ragam manusia dijumpai: orang yang tidur bersandar pada dinding; orang yang lalu-lalang dengan muka serius; orang yang berbual dengan kawan dengan bagasi di tepinya; orang yang tunduk bermain telefon pintar dengan dahi berkedut. Aku tidak paham: mengapatah orang membuat keputusan hanyut dalam Facebook, Whatsapp sedang adalah orang yang di hadapan yang dapat diucapi "Selamat Hari Raya" dan menjadi teman berbual? Bukankah hari ini hari mulia yang patut dimanfaatkan untuk pengeratan silaturahim? Walau bagaimanapun, beberapa orang menghayati budaya itu. Aku melihat bahawa sekumpulan Mat Rempit saling mengucapkan "Selamat Hari Raya" lalu berceloteh kosong di tepi tangga; sekumpulan wanita jelita yang berkilat-kilat tudung dan bajunya juga tidak keberatan meluahkan "Selamat Hari Raya" kemudian cium-mencium pipi masing-masing dengan hati pemaaf. Begitu mulianya adat ini! Namun begitu, mulianya adat ini tidak dibenakan dan dirasai oleh hatiku yang sedang berdengus bosan itu.
Aku berjalan bersendirian; melalui kedai demi kedai, tidak tahu hendak membeli apa, sekadar berjalan-jalan pun selesa. Sesungguhnya, kerenah manusia malas kuperhatikan: semuanya sama sahaja —— muka masam, muka hitam, muka serius pada waktu bermain telefon bimbit. Itu muka orang yang bersendirian. Aku tidak dikecualikan. Dalam perjalanan sendirian, aku meneroka tempat-tempat baharu. Oh, rupa-rupanya sini tempat mesin urut; oh, rupa-rupanya sini tempat membeli tiket ETS, aku pernah sampai di sini; oh, rupa-rupanya sebuah kedai buku juga ada di sini! Namun begitu, lebih lamalah aku berjalan, lebih tenggelam ke bawahlah hatiku yang muram. Aku tidak memunyai teman untuk mengongsikan ujar "Selamat Hari Raya" dan mengunjungi kedai demi kedai; aku tidak memunyai teman yang benar-benar tidak marah apabila aku salah masuk ke kedai makan yang sudah penuh sedang perutnya lapar. Aku paham: tiadalah manusia yang sempurna di dunia ini tetapi aku masih mencari-cari manusia sebegini.
Semasa hendak balik, aku terserempak dengan dua rakan sekelasku yang kini sudah berganding bahu. Tahniahlah. Tiba-tiba, di belakangku kedengaran suara kawan yang sungguh masak pada telingaku. Aku berpaling ke belakang dan melihat bahawa orang yang selalu menggoyangkan kaki, bertutur dengan kemalasan, selalu mengacau badan kawannya itu sudah berpunya dan teman wanitanya antara senarai gadis cantik. Mereka tersenyum silu, terutamalah wanita itu yang tersengih malu. "Oh, dah besarlah engkau ni! Haha...," lelaki rakan sekelasku mengejek kawan itu.
Perkataan rakan sekelasku tadi terngiang-ngiang dalam telinga: "Bersendiriankah?" Aku mengangguk dan dia pun tertawa beberapa dekah, seakan-akan tidak ada apa-apa pendapat lagi yang hendak diberikan kepada aku, tunggul kayu ini lagi. Dia sudah tahu bahawa aku ini penyunyi; aku tidak cemerlang kerana tidak tahu bergaul dengan orang lain. Apakah makna ketawa itu? Adakah dia mentertawakan aku yang berseorangan atau mengesiani aku yang berseorangan? Tidak kisahlah. Orang-orang di sini sana sudah memegang tangan. Banyak sekalilah kekasih yang memegang tangan yang melalui di sisiku. Namun begitu, hatiku suci daripada kecemburuan; hatiku jelas bahawa percintaan bukan segala-galanya. Pada aku, percintaan itu kepura-puraan; percintaan itu kawalan: apabila kita sudah teman wanita, dia akan mengawal segala laku kita. Kita pula terpaksa berusaha mengekalkan sikap mulia di hadapannya dengan menahan kanak-kanak yang melompat dalam hati.
Tidak cemburu? Menipulah aku. Aku langsung merasakan bahawa segala angin yang menyokong dalam sudah meresap keluar dari liang-liang romaku. Aku tidak berdaya berjalan lagi, entah kenapa: aku letih berjalan, merindui kerja yang belum disiapkan? Aku kesunyian? Aku menghendaki hawa yang dapat dihubungi hatinya? Bilatah aku dapat seperti mereka: menjumpai dia yang tercocok? Aku tidak tahu. Aku hanya mampu mengeluh. Orang lain sudah kaya raya, hati sudah dipenuhi kecintaan yang tidak kuerti sebenar-benarnya tetapi aku masih bujang, melayan kerenah sendiri.
Aku mencari-cari kawan yang sanggup berjalan dengan daku di sana. Bodoh, kan? Aku terbayang bahawa aku terserempak dengan seorang Melayu, berbual-bual dengannya lalu berganding bahu dengannya ke kedai makan dengan hati terbuka. Walau bagaimanapun, bayangan itu lekas lenyap apabila aku di LRT. Semasa menaiki LRT, aku hanya hendak memegang tiang penyokong sambil tunduk melayan kesunyian diri dengan wajah muram. Biasalah orang LRT yang hanyut dalam dunia diri itu. Aku tidak ingin bersua dengan orang yang kukenal kerana mereka pasti menyindir aku: "Wah, orang pelik yang bersendirian! Sunyinya!"
Telefon bimbitku berdering. Nada deringku lagu Teroesir - Kapal Van der Wijck. Aku mengeluarkan telefon bimbit dengan bergayanya kerana lagu kesukaanku yang klasik ini tentu tidak dihayati orang lain dan itu mengistimewakan daku. Aku bangga akan diri yang istimewa ini. Pada skrin telefon, terteralah nama "Ibu". Ibu menanyakan kepergian aku. Aku menipunya bahawa aku keluar dengan kawan-kawan sedang "kawan-kawan" yang kumaksudkan itu sebenarnya tidak wujud. Aku dengan hatiku sahaja yang bersama pada ketika ini.
Telefon bimbitku berdering. Nada deringku lagu Teroesir - Kapal Van der Wijck. Aku mengeluarkan telefon bimbit dengan bergayanya kerana lagu kesukaanku yang klasik ini tentu tidak dihayati orang lain dan itu mengistimewakan daku. Aku bangga akan diri yang istimewa ini. Pada skrin telefon, terteralah nama "Ibu". Ibu menanyakan kepergian aku. Aku menipunya bahawa aku keluar dengan kawan-kawan sedang "kawan-kawan" yang kumaksudkan itu sebenarnya tidak wujud. Aku dengan hatiku sahaja yang bersama pada ketika ini.
Peliknya hati ini: ingin bersendirian tetapi muram kerana bersendirian. Apabila terhimpit di tengah lautan kawan, aku sesak nafas, seksa mengawal kekesalan diri daripada perbuatan dan tutur lucah kawan yang tidak kusukai tetapi apabila kawan-kawan itu sudah tiada, aku ingin menghirup kemeriahan pula tetapi bukan dengan kumpulan kawan lucah itu; dengan seorang kawan jiwa sahaja yang memahami hatiku. Langkah berjalan ke atas bukit makin perlahan, tanggungan kecintaan kepada teman yang kucari-cari semakin berat; aku hanya ingin berbaring di atas katil, hanyut dalam kawasan keselesaanku. Apakah yang kuhendaki? Kawan atau persendirian? Aku masih belum paham akan diri yang pelik ini.
Oh, Seriusnya Engkau!
Oh, seriusnya engkau memegang buku Jawi, menghafal Alif, Ba, Ta; membuka lagu Alif, Ba, Ta sebelum aku berupaya menghafal semua huruf! Aku memahami kesungguhankau dan tidak dapat menafikan keahliankau dalam penulisan Jawi lagi. Engkau sungguh alim, melagukan Alif, Ba, Ta kepadaku tiap-tiap hari sehingga aku bosan akan lagumu. Namun begitu, peperiksaan Jawi telah berlalu. Di manakah buku Alif, Ba, Ta engkau? Eh, tidakkah engkau menyanyikan Alif, Ba, Ta lagi dengan suara sesuci kanak-kanakkau lagi? Lihatlah aku: aku masih menulis Jawi, tidak dikiralah musim kursus Jawikah, musim selepas kursus Jawikah, musim kepupusan Jawikah. Ke manakah keseriusankau pada waktu PPISMP Penggal Kedua? Oh, seriusnya engkau! Pernah ngilulah telingaku oleh bisik-bisik dan suara terperanjat tentang keahliankau dalam Jawi tetapi sekarang...tidak lagi.
Orang cetek lahiriah.
Orang cetek lahiriah.
Hakikat Iftar
"Hadirin dipersilakan turun ke lobi untuk menjamu juadah iftar," pengacara mengumumkan.
Sesudah melihat sikap khalayak, aku tertanya-tanya: Apakah makna iftar? Majlis orang yang hina, yang hanya mengerti kemewahan lahiriah? Ya, aku merasakan bahawa aku tahu memaknai iftar: mendengar majlis yang membosankan diri, makan lalu beredar.
Hadirin sekalian lekas berdiri lalu berpaling, menuju pintu besar dewan. Berpusu-pusulah beberapa kakak gemuk dan abang yang kurus kering sebagai akibat mengikat perut menuruni tangga lalu menguasai meja demi meja. Mereka duduk dengan kawan rapat: Yusra, Lyana, Izzati, Mimi, Fatimah...semeja; Badrul Amin, Syed, Hariz, Badrul Naim dan pelawak-pelawak lelaki itu semeja; Albert, Chai Lee, Jackson, Seng Fa, Zheng Lian, Loon...semeja dan akhir sekali, tentulah Sharmila, Darshini, Tharshini, Nagulan, Jerry yang tidak dapat berpisah darah daging itu semeja! Aku pula berpaling ke kiri, ke kanan sambil berjalan perlahan, selangkah demi selangkah, dilepasi lautan orang yang sibuk dari hadapan, dari belakang, seperti mak cik yang membeli ikan sayur. Kepalaku mengintai kekosongan tempat; aku mencuba mencari tempat yang khas untukku. Pada hari ini, aku hendak duduk dengan kawan Muslim. Aku tidak hendak bermain perkauman dan terperuk dalam kawasan selesa selama-lamanya.
Namun begitu, tempat duduk telah penuh. Puak masing-masing berjaya menambat kepudaran pergaulan —— berkongsi senyum dan gelak dengan orang yang sama sahaja setiap hari sehingga aku ingin muntah apabila melihat puak yang sama —— sama bosan, sama mempamerkan wajah awan kelam yang menjemui kehidupan IPG. Aku berjalan; ke sini, ke sana. Begitu panjanglah baris pelapar yang akan berbuka puasa sambil memusing-musingkan pinggan di tangannya.
Kawan Muslimku sudah rapi di meja. Tidak meninggalkan tempat kosongkah mereka untuk aku? Aku sudah agak. 'Siapatah aku? Hanya daun yang terbang dalam angin; tergelak berdekah-dekah dengan mereka pada saat ini; saling membelakangi dan berpisah pada saat seterusnya. Itulah kelumrahan kuliah,' berpikirlah aku lalu terbahak sekali.
Apabila melihat bahawa aku berjalan ke meja mereka, kawan-kawan Cinaku lekas mengalihkan pinggan mereka untuk mengosongkan satu tempat duduk yang sempit untukku. Sempitnya pergaulan mereka...hanya dalam kelompok sendiri. Bagaimanakah kepelbagaian dapat dicorakkan di Malaysia kalau kaum Cina hanya selesa membuka pintu hati kepada kaum Cina? Aku terpaksa duduk, memaksakan senyum kegagalan: gagal bergaul dengan kaum lain.
Bagai budiman yang sedang mendukung niat suci, mencari kebenaran yang tidak tentu dalam angin yang tergesa-gesa menerbangkan segala daun gugur, aku berjalan dengan dua tapak tangan tergenggam lembut di belakang, memandang setiap kepala dengan sama ratanya, tersenyum kepada mereka yang melepasi aku. Apabila tiba di meja yang diduduki Fatimah, Wani, Lyana, Izzati, hatiku berdebar-debar: tidak kusangkalah bahawa C2 bersatu lagi. Hati mereka tidak berpisah. 'Senyum Wani selalu dengan C2,' aku tersenyum dalam seribu bahasa yang bungkam.
"Hai, Pui! Puasa hari ini?" Lyana mengangkat kening, melebarkan senyum mata harinya kepadaku.
"Puasakah?" senyum Wani bagai bunga raya yang berkembang pada pagi.
"Berpuasalah, tentu," aku mendongak dengan bangganya tetapi aku tidak tahu hendak melanjutkan apa lagi. Hatiku sebenarnya malu walaupun aku bangga akan azam puasaku. Malulah aku yang bukan Muslim berlagak alim dengan berpuasa di hadapan mereka.
Yusra hanya memandangku sekelip mata lalu terus berbual entah apa dengan Izzati. Izzati pula menyambut katanya dengan senyum. Kedengaranlah suara kuat Izzati, seperti kebiasaan. Entah apakah yang sedang diguraukan mereka? Kerana menyedari keasinganku, aku bangkit dari tempat duduk meja itu, meninggalkan mereka, mencari makanan.
Akhir sekali, aku kena duduk dengan kawan sebangsaku yang serius juga. Mereka tidak memandangku pun, aku tahu. Hanya tahu berguraulah mereka dengan orang terkenal yang suka membuka aibnya di hadapan khalayak dengan berteriak apabila melihat wanita, mencemburui dan memburukkan lelaki yang mendekati bidadari yang diidamkan mereka dan saling mengejek —— ejekan yang sama kuning, sama bosan setiap hari. Yang tidak aku sukai tentang kumpulan Cina ini bahawa mereka tidak suka duduk di antara kaum lain, seakan-akan kaum lain itu kaca lut sinar, hanya merekalah yang wujud di sini. Aku masih mengingat satu pepatah mementingkan diri yang dituturkan mereka: "Cina sedikit bilangannya, jadi kita mesti perlu berpadu."
Apatah daya? Aku Cina juga, kenalah duduk dengan Cina, kan? Itulah pikiran kawanku yang sempit, seperti parit yang hampir tersumbat oleh antara parit yang terlalu sempit itu. Kolot, dangkal, sombong! Itu bukan diriku. Diriku orang antara bangsa; dapat membuka hati kepada apa-apa Melayu, Cina, India. Telanjanglah hatiku; usah engkau risauilah bahawa aku melindungi sikap sebenarnya aku di hadapan engkau yang berbangsa lain untuk menjaga sensitiviti bangsa—— tidak! Tidak sekali. Aku ingin memesrai engkau semua. Ingin kuselidiklah dunia Hariz, Badrul Amin, Aiman, Adi, Syed, Badrul Naim, Muhammad Amirul; ingin kuselamilah dunia Jerry, Nagulan, Seva, Srigaanth, Sharmila, Pavitra Besar, Pavitra Kecil. Aku tidak hendak terhimpit dalam kumpulanku sahaja —— kumpulan bangsa Cina. Lihatlah dunia ini, lihatlah! Dunia ini maha luas, tidak sekadar mengisi kaummu. Usahlah kita hidup dengan sensitiviti kaum tetapi cuba kita tertawakanlah babak kelakar yang menggelikan hati bersama.
Baik, aku kalah —— memang kalah dalam pergaulan dengan Hariz, Badrul Amin, Aiman, Adi. Itu bukan kali pertama. Aku menyedari kekekokan itu. Maka duduklah aku dengan Jackson, Albert, You Hang, Seng Fa, Zheng Lian; tersenyumlah aku kepada mereka; berdekah-dekahlah aku dengan mereka untuk melepaskan kesebakan hasrat yang tiada tercapai. Pada masa yang sama, aku meninjau meja lain, mengintai pakaian yang warna warni; mengintai solek yang memerahi dan mencahayai muka mereka yang soleh. Apakah yang dipikirkan dan dibincangkan oleh wanita? Aku melayan khayalan sendiri, terbayang bahawa aku duduk di antara dua kawan perempuan Islam dengan kot Barat hitam yang segak sambil menjawab soal-soal yang ditabur oleh dua orang perempuan yang lemah lembut tuturnya dan berpatutan lakunya dengan senyum seharum mawar.
Saat yang kutunggu sampai juga. Aku hendak memperhatikan nilai iftar ini dalam mata mereka. Segelintir orang sudah makan habis, yang tertinggal di pinggan mereka hanya tulang ayam. Maka mereka terus bangkit dari meja dengan diam-diamnya lalu meninggalkan lobi tempat Iftar. Ya, aku sudah mengagak ketelanjangan manusia ini. Mereka datang hanya untuk makanan percuma. Semasa mendengar majlis, orang-orang itu bermain telefon bimbit, tidur sahaja; hanya memikirkan kepentingan diri. Sesungguhnya, aku tidak hendak meninggal. Maka menyelinaplah aku dalam kumpulan Seva, Nagulan, Jerry, Pavitra. Hatiku senang akan mereka. Tidak tahu mengapa, aku suka mengejek Pavitra besar yang gelaknya lebih lucu daripada jenaka. Gelaknya berdekah-dekah dan tinggi nadanya, menggatalkan hati setiap orang. Kawan India suka tertawa, mereka sangat periang. Sekalipun berada dalam musim kerja kursus; sekalipun dibebani tugas besar, Sharmila, Darshini, Tharshini dan Pavitra masih tertawa berdekah-dekah seperti orang gila.
Aku menjeling meja itu —— meja yang diduduki kawan Cinaku itu: kosong. Mereka sudah beredar dengan kakak-kakak dan abang-abang Sarawak yang lain. Begitu realisitiklah kawanku. Begitu realisitiklah manusia. Gelak ketawa mereka hanya direlakan semasa makanan ada, kepentingan ada. Itulah yang tidak kusukai tentang manusia: setelah menguntung kepentingan orang lain sampai habis, mereka menyapu debu pada punggung lalu nyah.
Namun begitu, aku agak terharu —— terharu melihat bahawa kawan Indiaku begitu berpadu, seperti keluarga besar yang tiada pertalian darah, saling tidak kisah akan latar masing-masing yang berbeda: sama ada yang miskin, yang kaya, yang ulat buku, yang suka mengejek orang lain...Tahniah! Tahniah kerana masih tinggal selepas iftar habis! Seva, Jerry, Nagulan, Jerry, Sharmila, Darshini —— engkau bukan datang untuk tujuan lahiriah yang cetek tetapi kepuasan batin yang sepenuh-penuhnya!
Namun begitu, aku agak terharu —— terharu melihat bahawa kawan Indiaku begitu berpadu, seperti keluarga besar yang tiada pertalian darah, saling tidak kisah akan latar masing-masing yang berbeda: sama ada yang miskin, yang kaya, yang ulat buku, yang suka mengejek orang lain...Tahniah! Tahniah kerana masih tinggal selepas iftar habis! Seva, Jerry, Nagulan, Jerry, Sharmila, Darshini —— engkau bukan datang untuk tujuan lahiriah yang cetek tetapi kepuasan batin yang sepenuh-penuhnya!
Sesudah melihat sikap khalayak, aku tertanya-tanya: Apakah makna iftar? Majlis orang yang hina, yang hanya mengerti kemewahan lahiriah? Ya, aku merasakan bahawa aku tahu memaknai iftar: mendengar majlis yang membosankan diri, makan lalu beredar.
Wednesday, June 21, 2017
Bentuk Riak Juga?
Pada hari ini, aku menemui Dr. Rajeswari yang menulis sajak. Sajak beliau selalu disiarkan dalam surat kabar. Dengan wajah yang bercahaya, aku memberi tahu beliau bahawa aku juga menulis beberapa puisi. Betapa ghairahnya hati ini ingin menjujurkan minatku dalam penulisan. "Teruskan, teruskan," Dr. Rajeswari mengangguk puas.
Beberapa hari lepas, aku telah menyiapkan satu novel. Novel itu sesungguhnya susah disempurnakan kerana makan dan semangat berminggu-minggu serta halaman yang beratus-ratus. Setelah menyiapkan novel, orang pertama yang ingin aku kabari Puan Nurul Rabihah yang telah menulis berpuluh-puluh novel —— idolaku. Walau bagaimanapun, jariku yang ingin menaip mesej telefon berhenti tiba-tiba di udara. Angan-anganku datang secara tiba-tiba. Aku berpikir: "Adakah aku patut mengkabarinya? Tapi, kalau aku mengkabarkan jayaku ini, aku macam menulis novel untuk pengetahuan orang lain saja, bukan ikhlas menulis novel; bukan menulis novel kerana semata-mata menyukai penulisan...orang yang berjaya tidak akan menyebarkan jaya mereka sebaliknya berusaha dalam kegelapan, kesibukan, kelaraan, hujan, ribut...
Daripada sudut lain, aku memikirkan bahawa perkongsian kabar baik ini bukan keriakan juga kerana munasabahlah untuk aku berkongsi kegembiraanku dengan orang lain —— sekadar berkongsi kegembiraan dan kepuasan jaya, tidak adalah yang lain; tidak adalah keriakan. Lebih-lebih lagi, itu usaha kerasku. Sebagai manusia, aku berhak mendapat pujian sebagai ganjaran kelelahan hati; sebagai siraman hati yang tumbang beberapa kali oleh keputusan idea.
Hatiku ini tidak berhenti riak. Aku memberitahukan kehebatanku dalam penulisan kepada orang lain. Itu bukan pejuang sebenarnya —— itu hanya perjuangan yang semata-mata menghendaki kepastian orang lain. Namun begitu, aku menyukai penulisan juga —— benar. Jika aku tidak riak, menyimpan segala kegembiraan kerana kesiapan sesuatu karya dalam hati sahaja, hatiku ini tidak selesa, selalu melanggar lapis luar yang bersarang, ingin meyingkap tingkap kepada dunia luar; ingin berkongsi dengan manusia, terutamalah usaha yang sungguh-sungguh, yang memerlukan siraman pujian yang manis, seperti air tawar yang memerlukan sirap untuk menjadi tarikan kedahagaan orang ramai.
Pedihnya penjadian orang baik. Tiadalah orang yang mulia seratus peratus. Memang benarlah pepatah bahawa manusia tidak dilahirkan sempurna tetapi dilahirkan untuk membaiki kekurangan diri.
Lakonan Semata-mata demi Lakonan?
"Ya Rasul, Ya Nabi Muhammad —— kami rindu kepadamu! Kami cinta kepadamu! Ya————“
Seorang pensyarah tua yang berjanggut putih panjang memanjangkan dan meneriakkan kata "ya" sehingga suaranya bergetar, menjadi laungan yang mengharukan hati. Anak-anak buahnya mendendangkan nada yang sayu di belakangnya sebagai lagu latar. Tangannya tertadah, bergetar; kepalanya turut bergetar, wajahnya sayu, mukanya kedut menyatakan kerinduan akan Nabi Muhammad s.a.w.. Sekalian penonton mengangakan mulut separuh, mata tidak dapat terlepas dari tubuh orang tua yang terburu-buru itu, terutamalah anak-anak buah perempuan yang melompat-lompatkan punggungnya sambil menunjukkannya, menjerit: "Tengok, tengok! Ayah!" Laungannya, rintihannya, kata-kata cintanya dalam sajaknya menyebabkan bahawa iman orang Islam di bawah pentas itu menebal; memerah tangisan hati; menyesalkan mereka akan dosa-dosa dahulu.
Rasanya sungguh kaya; kecintaannya sungguh tebal kepada rasulnya. Aku tidak dapat menahan kelucuan yang tiba-tiba bergema dalam hati, bertukar kepada bahak sekali. Keterlaluannya menggeleng-gelengkan kepalaku. "Betulkah dia begitu cinta? Dia ada anak murid perempuan ayu yang banyak. Dia hendak memenangi hati mereka agaknya," aku berpikir.
Tidak mungkin. Orang tua itu tidak mungkin keterlaluan kerana menghendaki tepuk dan kekaguman kepada bakat berlakonnya. Itu laungan kecintaan benar; setiap orang Islam mencintai rasul dan Allah dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya. Aku tidak patut meragui kecintaan itu. Mereka sangat tulus terhadap pencipta dan pembawa berita mereka.
Namun begitu, akalku tidak berhenti membayangkan bahawa pensyarah yang berjanggut labuh itu mengangguk-angguk, berpuas dalam hati: "Haha, akhirnya pertunjukanku dapat memukau semua orang sedang ini hanya lakonan." Adakah setiap "Ya Allah", "rindunya aku kepada rasul" dan "engkau cahaya petunjuk kehidupan kita" lahir daripada hati ikhlas? Adakah laungan yang begitu menyayukan hati, menitiskan air mata itu hanya menggetarkan hati semasa dia berada di atas pentas atau dalam kesunyian, dia selalu melaungkan betapa telanjangnya kecintaan hatinya kepada nabi, rasul dan Allah?
Adakah keterlaluan itu hanya ingin diluahkan di hadapan khalayak atau memang tertahan dalam hati walaupun orang tua itu bersendirian?
Orang tua memang amat warak kepada Allah dan rasul, nabi yang dilantik-Nya kerana mereka sudah menapak kehidupan setengah abad; sudah jelas tentang hakikat diri dan kehidupan. Maka tidak menghairankan kitalah bahawa dia melaungkan "Ya Allah" panjang, sayu, sayup-sayup sehingga menitiskan air mata. Namun begitu, kecintaan sebenarnya bukan laungan yang mengharukan hati tetapi gema dalam hati yang berlagu dengan denyut yang tidak putus berzikir...
Tidak, tidak. Aku tidak patut meraguinya.
Orang tua memang amat warak kepada Allah dan rasul, nabi yang dilantik-Nya kerana mereka sudah menapak kehidupan setengah abad; sudah jelas tentang hakikat diri dan kehidupan. Maka tidak menghairankan kitalah bahawa dia melaungkan "Ya Allah" panjang, sayu, sayup-sayup sehingga menitiskan air mata. Namun begitu, kecintaan sebenarnya bukan laungan yang mengharukan hati tetapi gema dalam hati yang berlagu dengan denyut yang tidak putus berzikir...
Tidak, tidak. Aku tidak patut meraguinya.
Iman Kosong
Aku tidak hendak bercakap buruk tentang orang lain. Aku meyakini karma. Keburukan orang lain yang kita sebarkan kepada kawan pasti mengenai diri pada suatu hari.
Tertekanlah aku yang mendengar bisik sesama kawan tentang keburukan orang lain. Aku hendak berpegang teguh pada prinsipku: tidak mendengar umpat orang lain; tidak menertawakan kemalangan orang lain; tidak menyebarkan keaiban orang lain.
"Awak tahu tak? Pada hari ini, XXX itu berlagak seperti raja, selalu memerintah kami sahaja...." Kawan A bermula mengangkat kening, mendekati muka kawan B, memerlahankan suara. Mukanya serius tetapi pelbagai corak riak wajah.
Aku meluat apabila melihat mukanya yang keji. Aku bukan orang begitu. Sekalipun dia kawanku, aku tidak mungkin menerima semua perwatakannya. Aku tidak suka kepada perwatakan yang suka berpura-pura baik, positif dan canggih tetapi kadangkala merungut kepada orang lain. Maka aku duduk di katil, melayan buku diri.
Namun begitu, yang aku benci bahawa aku tidak dapat mengusir desas desus mereka daripada telingaku. Aku membaca kata-kata pada buku tetapi semua kata tidak masuk ke dalam otak —— mata sekadar melayang melepasi kata-kata yang tidak bermakna. Hatiku terangsang untuk mendengar khabar mereka. Apabila mereka mengatakan keburukan orang lain, hatiku yang, pada asalnya hampir layu oleh rutin kehidupan yang mentertekankanku, mendetikkan nyawa kembali ke dalam jiwaku yang kering keras.
Keburukan orang lain mencorakkan kehidupan yang pudar itu. Sedihnya kehidupan begini. Di manakah iman yang kujanjikan dahulu —— tidak mendengar dan mengatakan keburukan orang lain? Namun begitu, jika aku tidak mengumpat, aku orang bosan pada pandangan kawanku dan dalam kehidupanku, aku robot yang kaku akan aturan sahaja, tidak menarik langsung. Apakah erti keseronokan kehidupan? Apakah yang harus aku pikirkan —— pada saat itu, aku merasakan bahawa umpat mereka itu agak menarik minatku untuk aku mengetahui umpat itu lebih lanjut. Kehidupan lebih anjal dan menarik jika bercampurlah keburukan dengan kebaikan; jika adalah umpat dalam kata-kata yang mulia?
Soalku yang telah berpuluh-puluh tahun berlegar dalam akal: pegangan atau kegembiraan daripada kejahatan yang menggembirakan hati lebih penting?
Monday, June 19, 2017
Ketakutan Seorang Bangsa Pemenang
Sorak
penonton kedengaran dari setiap ceruk. Di atas pentas gusti, terdirilah seekor
raksasa putih yang gempal perutnya sehingga perutnya labuh tetapi jangan
dipandang rendahlah otot-otot tangannya yang besar dan tersembul. Keningnya
putih dan tajam menegak ke bawah, memperlihatkan bahaya mendekatinya; matanya
kecil dan melekuk ke dalam sehingga bahaya dan niat membunuh dalam sinar
matanya yang tajam dan dalam tidak terduga. Raksasa yang berbadan besar dan
gempal ditakuti oleh semua orang kerana badannya yang terlalu besar, seperti
jentera yang direka khas untuk bertelagah. Brock Lesnar mengetapkan gigi,
sedang menunggu musuh yang pernah mengalahkannya. Dia tidak sabar hendak
menumpaskah musuh yang menjatuhkan maruahnya.
Dia
berdengus, tidak puas kerana musuhnya mengalahkannya dalam beberapa saat sahaja
pada hari itu. Dialah yang memusnahkan kegemilangan seorang pegusti yang menang
berpuluh-puluh kali di Wrestlemania, tapak gusti yang terakhir dalam
setahun yang menentukan kemenangan mutlak tetapi dia kalah kepada seorang musuh
yang baru kembali ke dunia gusti setelah berpuluh-puluh tahun kehilangan kabar!
Maka
bermainlah lagu ketampilan pegusti musuhnya. Lagunya umpama peluru demi peluru yang dilepaskan dari kawah meriam, menyebabkan berdentam dentumnya hati setiap orang. Setelah lagunya
bermain seketika, maralah seorang yang bermisai putih di keliling mulutnya,
otot kulitnya yang coklat beku tersembul pada tangannya dan perutnya yang
berkilat-kilatan bawah cahaya. Pegusti botak itu tidak gentar berdiri di tengah bunga api yang khas terpancar kepadanya dari dua tepi. Setelah
bunga api itu berhenti, dia mengangakan mulutnya, memukulkan tangannya ke udara, menunjukkan bahawa dia
seekor margasatwa yang tidak sekali-kali patut digeramkan juga.
Dialah Goldberg
yang berasal daripada bangsa yang selalu menang —— hanya kalah lima kali dalam sejarah
gusti tetapi tidak pernah kalah kepada Brock Lesnar yang menggetarkan sendi
tulang semua pegusti. The Rock yang gemilang dalam pekerjaan gusti dan
pelakonannya pun dihancurkan oleh Goldberg dengan satu Spear — perbuatan meluru
kepada seseorang lalu melanggar perutnya dengan kepala.
Sorak
yang lebih kuat dan padu kedengaran. “Goldberg, Goldberg, Goldberg,” penonton
bersatu suara untuk menyorakkan namanya. Dia tampil ke pentas terburu-buru
dengan pingat pinggang emasnya yang terpahatlah “World Universal Champion”,
iaitu juara antara bangsa. Binatang yang terburu-buru ini juga tidak sabar
melanggar perut Brock Lesnar untuk menamatkannya secepat mungkin agar sorak
kemenangan menggegarkan dewan sekali lagi, seperti hari itu.
Ya, dia
tidak sabar hendak memalukan raksasa putih yang angkuh itu sekali demi sekali
agar Brock Lesnar insaf dan menyembahnya. Dia menanggalkan lalu menjulang
pingat emas pinggangnya untuk penyaksian semua penonton supaya mereka kenal
akan raja mereka. Selepas itu, Goldberg menyerahkan pingat kepada pengadil.
Sekarang
Goldberg berada di puncak gunung. Semasa meninjau pemandangan bawah, adakah dia
akan jatuh pada kali ini?
Goldberg merenungnya
sambil berdengus kuat. Dia cergas menarik tali pentas gusti yang anjal untuk memanaskan badan. Brock Lesnar
pula mengetapkan giginya, mengembangkan dan mengecutkan pipinya. Dadanya yang
membara bergetar, menyimpan api amarah yang marak.
“Ting
ting ting!” loceng pemulaan gusti telah berbunyi.
Brock
Lesnar, laksana singa yang baru mendapat kemaluan, ganas menyerbu belakang
Goldberg, memeluk perutnya lalu melambungkannya ke belakang. Goldberg yang
tumbang bangkit cepat tetapi dilambungkannya ke belakang sekali lagi. Kerana
kepuasan yang meleleh dari dadanya, Brock Lesnar mengangakan mulutnya,
mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu menjerit angkuh kepada khalayak.
Semasa
dia mengagungkan diri, Goldberg mengambil kesempatan, segera bangkit lalu
melanggar perut Brock Lesnar dengan kepala botaknya yang sekuat besi. Brock
Lesnar tidak begitu mudah ditumpaskan, badannya dilindungi lapis demi lapis
otot yang kental. Maka cepatlah dia bangkit. Namun demikian, margasatwa yang
berkulit coklat itu melakukan Spear, iaitu perbuatan melanggar perut
dengan kepalanya sekali lagi sehingga Brock Lesnar berguling ke bawah pentas.
Brock Lesnar menekan perutnya, mengetatkan matanya yang terpejam di bawah
pentas. Goldberg tidak hendak membazirkan masa. Kemenangan miliknya. Dia
berguling ke bawah pentas juga, berlari selaju harimau bintang,
memperlanggarkan kepalanya dengan perut gempal Brock Lesnar sehingga mereka
berdua merobohkan bentang penonton, rebah bersama dengan wajah yang berkedut,
menahan kesakitan.
Sesudah
itu, Goldberglah yang pertama bangkit, seperti kereta kebal yang tidak sakit
langsung lalu menangkap kepala Brock Lesnar, menggulingkannya ke atas pentas. Brock Lesnar yang sedang tercungap-cungap di atas pentas dengan
lengannya yang bertumpu pada lantai susah hendak bangun. Goldberg pula tidak
sabar hendak menewaskannya. Dia hendak mengekalkan kejuaraannya selama ini.
Goldberg tidak pernah menunggu orang; oranglah yang menunggu penewasannya. Dia
lekas mendirikan Brock Lesnar lalu mengangkat seluruh badannya sehingga
badannya terbalik, kakinya mencecah puncak awang-awangan dan kepalanya bersandar
pada bahu Goldberg. Apabila Goldberg hendak menghempaskan badan Brock Lesnar ke lantai dengan Jack Hammer, perbuatannya yang menamatkan
‘riwayat’ seseorang pegusti di atas pentas, keajaiban berlaku...
Brock
Lesnar dapat menangkis perbuatannya dengan menggelongsor ke belakangnya lalu
mengangkatnya. Dia tersenyum licik: kemenangan miliknya pada saat ini dan pada
saat seterusnya, cahaya yang menyilaukan mata pada Goldberg akan langsung sirna
dan Goldberg akan malu dalam dunia gusti oleh kekalahannya yang pertama kepada
dirinya. Goldberg pasti sengsara dan mencuba rasa kekalahannya yang pertama!
Itu hasrat Brock Lesnar. Brock Lesnar merehatkan seluruh badan Goldberg
mendatar pada bahunya yang lebar. Penonton bersorak kuat, suasana bertambah
ramai. Mereka mengharapkan tindak seterusnya — F5, perbuatan penamat
yang direka khas oleh Brock Lesnar.
Goldberg
tidak hendak kalah. Dia juara antara bangsa. Dengan mencontoh Brock Lesnar, dia
meronta-rontakan kakinya, jatuh ke belakang Brock Lesnar. Brock Lesnar
mengangakan mulut, memusingkan kepala, seperti orang bingung untuk mencari
Goldberg yang hilang. Apabila dia berpaling ke belakang, badannya terus
dilanggar dan terpelanting ke belakang oleh pelanggaran kepala Goldberg
terhadap perutnya.
Pada
kali ini, kemenangan berpihak kepada Goldberg lagi. Tampaknya Brock Lesnar
kehilangan daya ketahanan setelah dikenai Spear berkali-kali. Inilah
masa yang paling sesuai untuk Goldberg melakukan Jack Hammer, iaitu
perbuatan meletakkan tangan musuh di belakang bahu diri, mengangkat musuh
dengan badan terbalik, kaki mencecah udara lalu menghempaskan badan musuh
dengan hempapan dada ke pentas gusti.
Sorak yang
kuat menggegarkan dewan sekali lagi. Sekarang, kelihatanlah bahawa raksasa
putih yang keputusan semangat berjuang itu sedang dijulang oleh margasatwa yang
berkulit coklat itu. Pada saat seterusnya, pentas bergegar oleh kejatuhan
seorang yang besar ke atas pentas. “Matilah awak!” hati Goldberg berteriak. Dia
menjelirkan lidah kemenangan dalam hati.
Tanpa
melengahkan masa jaya, Goldberg menindih Brock Lesnar. Pengadil gusti lekas
menjatuhkan badan ke depan, memukul pentas: “1,2...” Brock Lesnar menendang
udara. Pengadil mesti memukul pentas tiga kali untuk memastikan bahawa yang
berbaring di pentas itu benar-benar tumbang lalu menyerahkan kemenangan kepada
yang menindih pebaring itu Malangnya kiraan tiga tidak sampai. Pada masa ini,
ketakutan bangsa pemenang ini bermula menghantui hati.
Goldberg
melepaskan tindihannya terhadap Brock Lesnar. Dia mengedutkan dahi, membeliakkan
matanya, merenung ke hadapan. Dia tidak percaya bahawa Jack Hammernya
yang biasa memitamkan seseorang dapat ditangkis oleh Brock Lesnar! Bukankah
Brock Lesnar dimatikannya dengan Jack Hammer sekali pada hari itu? Mengapakah dia ada semangat melawan pula pada kali ini?
Renungannya
menghilangkan kegagahan dan keyakinannya. Hatinya yang kukuh selama ini bergegar.
Kehebatannya tergugat. Darah sejuk mengalir deras ke seluruh badannya dalam
masa sesaat. Kemenangan yang diikat pada pinggangnya mungkin hilang sesaat
kemudian. Dia paham benar bahawa orang yang pernah kalah teramat kuat
semangatnya untuk bangkit semula.
“Tidak!
Aku akan mencuba merebahkannya sekali lagi!” Goldberg menjerit dalam hati. Dia
tidak memercayai bahawa bangsa pemenang sepertinya tidak dapat menewaskannya.
Kalau
dia tidak menamatkan daya baki Brock Lesnar, dia pasti menjadi orang yang kalah
selepas ini.
Goldberg
sudah bersedia dari satu ceruk pentas, ingin melakukan Spear. Peluhnya
mengaliri kepalanya yang berkilat-kilat. Hatinya sungguh tidak yakin tetapi dia
degil ingin melanggar Brock Lesnar. Maka Brock Lesnar bangun perlahan-lahan,
memegang lututnya sambil tercungap-cungap. Kemudian, Goldberg berlari pantas
kepada Brock Lesnar, ingin memecahkan perut gempalnya dengan kepala besinya.
Tiba-tiba, penonton menjeritkan kehairanan mereka serentak. Rupa-rupanya, Brock
Lesnar melompat ke udara dan Goldberg yang tersasul terlanggar kepalanya ke
antara ceruk pentas.
Hati
Goldberg berdetik pantas. Matilah dia kali ini. Adakah dia masih dapat melawan
kekuatan Brock Lesnar lagi? Kepalanya sungguh sakit sekarang. Badannya yang
terlanggar ceruk pentas melemah. Apabila dia berpaling, dia tentu dikenai F5...
Adakah
kecerlangan jaya itu masih miliknya selepas saat ini?
Sebelum
Goldberg sempat berpaling, Brock Lesnar sudah penuh niatnya ingin membunuh
Goldberg. Dia memeluk Goldberg dari belakang, melambungkannya ke belakang.
Goldberg pantas berdiri, tidak mengakui ketumbangan tetapi Brock Lesnar
melambungkannya sekali lagi. Pada kali ini, kebangunan Goldberg lambat sedikit
tetapi dia tegas bangun. Dia memeluk belakang pinggang Goldberg sekali lagi lalu
melambungkannya ke belakang. Brock Lesnar, bagai raksasa yang bercadang
melemahkan sendi lawannya supaya lawannya tidak mampu meronta-ronta apabila
Brock Lesnar mengenakan F5 kepadanya. Setiap kali bangun, Goldberg
mengharapkan keajaiban — keajaiban menukar keadaan sekarang. Oleh sebab ada harap, bangunnya Goldberg
mantap dengan azam. Walau bagaimanapun, pada kali akhir bahawa Goldberg bangun
dengan azam, Brock Lesnar terus melakukan perbuatan penamatnya — F5 yang amat berbahaya
itu dengan mengangkat Goldberg ke bahunya lalu memusingkannya, menjatuhkannya badannya yang menghadap ke
bawah ke lantai.
Penonton
paling suka menonton laku yang berbahaya, terutamalah laku paling berbahaya
seperti F5!
“1,2,3!”
pengadil memukul pentas tiga kali. Kemenangan melayang dari sisi Goldberg,
hinggap pada bahu Brock Lesnar.
Penonton
yang menyokong Brock Lesnar selama ini bersorak hingga had tekaknya. Sorak
kemuncak seisi dewan menggegarkan dewan. Cahaya kamera berkelip-kelip, menangkap
sejarah kekalahan pertama Goldberg kepada Brock Lesnar. Brock Lesnar tidak tersenyum tetapi membeliakkan matanya
yang angkuh akan kemenangan, seakan-akan sedang memberi tahu sarwa penonton dan
pegusi: “Aku pegusi terkuat yang tidak dapat dikalahkan selama-lamanya.” Sambil
berdiri kaku, dia mengangkat tangan, rela dipakaikan pingat emas juara antara
bangsa oleh pengadil gusti.
Aku
menutup tetingkap Youtube, kecewa melihat kegagalan Goldberg kerana
Brock Lesnar pegusti angkuh yang aku benci yang patut diajar berkali-kali untuk
dijinakkan. Namun begitu, tiadalah kemenangan yang kekal. Kegemilangan hanya
sementara. Orang yang selalu menang, yang digelar bangsa pemenang, setinggi
mana pun capaiannya, berdetiklah ketakutan juga dalam hatinya. Orang yang memanjat
gunung yang lebih tinggi akan terhempas lebih kuat. Jadi, buat apakah kita
hidung tinggi semasa menang?
Aku
percaya bahawa ketakutan Goldberg sudah reda sekarang: Ya, tentu malulah dia
yang mencapai beratus-ratus kemenangan itu kerana rebah di bawah kaki Brock
Lesnar tetapi sekurang-kurangnya dia dapat menghembus nafas tertekan daripada
ketakutannya kepada kekalahan. Dia tidak perlu berusaha mengekalkan
kejuaraannya lagi dengan terpaksa memecahkan kepala setiap kali dalam
perlawanan untuk menumbangkan musuh sepenuhnya.
Sekarang,
sampailah masa untuk Brock Lesnar berhati-hati di sana sini dengan sentiasa
bersiaga menghadapi sebarang ancaman yang dapat meragut pingat emas dari
pinggangnya. Ya, sorak penonton lebih kuat sekarang apabila Brock Lesnar ‘dirajakan’
kerana mereka menyukai benda baharu, juara baharu. Sungguhpun begitu, adakah sorak penonton itu kekal untuk Brock Lesnar?
Adakah sorak itu masih setia kepadanya apabila dia dikalahkan oleh orang lain
yang lebih kuat; apabila dia dikalahkan oleh Goldberg sekali lagi? Hati Brock
Lesnar berdetik tidak aman. Dia tidak dapat leka selagi dia johan.
Itulah jiwa bangsa pemenang — sudah memanjat
puncak gunung tetapi takut ditolak orang ke bawah pada bila-bila masa. Selagi dia johan, selagi hatinya
tidak aman.
Saturday, June 17, 2017
Helah Semata-mata
Wayang
Jalan termudah mengisi masa
Terhenyak di sofa melayan rasa
yang berdentam dentum oleh bahaya watak utama
yang berirama sayu oleh perpisahan kekasih bak purnama
yang memerah kemanisan oleh persamaan semula
Wayang mampu memukau jiwa
yang merajuk tenggelam dalam kesenangan sementara.
Wayang
Tamatnya satu bab menggantungkan hati
Menekan butang ingin lagi
Ingat masa panjang berbaki
untuk kerja berat tenaga sehari
"Bertangguhlah!" saya berkata
Sekaranglah masa menikmati
bukan masa menyusahkan diri.
Wayang
Kesudahan cerita mengharukan air mata
Mencengkam tanah hati sedalam-dalamnya
Menutup wayang mengemas rasa duka cita
Senyum dikemas; hati, air mata juga
Menghadap meja sehelai kertas kerja
Pikiran kosong tekanan mengembara
Pen pada kertas berhenti pula
Babak terharu masih berkelip-kelip di mata
Kalbu terbenam dalam keindahan alam palsu sandiwara
Hendak dicabut usus bergantung bersama
Hidup di sempadan suka dan lara
Tangan berpeluh susah setia.
Rupa-rupanya
Itulah racun
Racun yang mengirim kebahagiaan selayang
Melekakan hati derita bekerja
Tamatlah tempoh meragut segala-galanya
Menghembus pelita cinta
yang menyala disebabkan wirawati dan wira
Hati digari jalan cerita
tidak terlepas walau azam sekuat-kuatnya.
Wayang
Helah semata-mata
Dicipta oleh peniaga licik
yang ingin mengaut laba
dengan menipu rasa manusia
Menggantungkan selera, kesungguhan dan cita-cita
Membenamkan mangsa dalam kawah suka
Menggoreng mereka dalam kesesalan pertangguhan
Menyukarkan pemilihan antara kesungguhan dengan kelekaan
Satu membawa diri ke puncak jaya
Satu membawa diri ke lubuk seksa
Maka tenggelam selama-lamanya
di dalam air segar yang mengandung lahar.
Jikalau engkau mencari teman wayang
Jangan carilah aku yang pernah sengsara
dalam kesenangan dan kebahagiaan palsu dan fana
Biarlah aku keras bekerja
Menggapai bintang mengejar cita-cita
Jangan menolak aku ke kancah sengsara.
Wayang
Helah semata-mata
Membinasakan kerajinan manusia
Menghidupkan kesenangan bisik setan celaka.
Sebuah Kota Terpinggir di Bukit Fraser
Dalam cuti sekolah ini, aku dan keluarga tidak pergi
jauh, hanya melancong ke Bukit Fraser yang biasa disebut-sebut. Bukit Fraser
terletak di Pahang; aku pun duduk di Pahang, jadi padaku, Bukit Fraser tidak
istimewa pun — apakah yang dapat
dimainkan di atas sebuah bukit? Melihat-lihat alam semula jadi sahaja, bosan.
Lebih-lebih lagi, adik-adikku tentu meluangkan masa bosan mereka dengan
menekan-nekan telefon pintar, jadi apakah makna cuti ini?
Itu
bisik hatiku tetapi aku tidak mengendahkan bisik itu. Aku menghadapi cuti ini
dengan senyum. Aku tidak menghendaki bahawa cuti ini bernoktah dengan
kebosanan. Sekalipun pelancongan dengan keluarga kekurangan gurau senda, tidak
seseronok pelancongan dengan saudara mara yang suka merepek dan tertawa
sehingga terngangalah mulut, kasarlah laku, aku tetap ingin bersama dengan
keluarga sejenak padahal aku selalu tinggal di luar, belajar di pusat pelatihan
guru, jarang-jarang bergaul dengan keluarga. Dalam cuti ini, aku hendak
membuang segala-galanya di belakang: telefon pintar, keresahan, dunia yang
kejam — aku hanya ingin
menikmati kabus yang mengaburi wajah gunung yang indah, mendengar rentak air
terjun dan menghidu keharuman pokok rimbun.
Penaikan
bukit bukan perkara yang mudah. Aku berasa tertekan untuk ibu yang berusaha
menaiki bukit. Jalan di bukit berliku-liku dan terlalu sempit. Ibu terpaksa
memerah segala tenaga pada kemudi kereta untuk memusingkan kereta ke kiri,
seterusnya ke kanan dan ke kiri lagi. Aku menduga bahawa ibu pasti sedang
menahan angin yang sedang menekan hatinya. Kesian ibu: ibu terpaksa mengulang
perbuatan yang sama untuk 45 minit — membelok ke kiri, membelok ke kanan. Aku pun
bermula tidak sabar kerana asyik melihat pokok besar yang sama, dinding bukit
yang sama, jalan sempit yang sama, entah bilakah kami sampai ke puncak! Lebih-lebih
lagi, jalan bukit ini sangat suram dan sunyi — tiadalah orang yang melalui jalan itu kecuali
beberapa buah kereta yang ditemukan di pinggir jalan, seakan-akan kami sedang
menuju jalan mati atau jalan yang tiada sempadannya sehingga kami sesat di hutan
yang tidak pernah diteroka itu. Dahsyat lagilah hatiku yang terbayang bahawa
sebuah kereta bertentangan arah kepada kami sehingga terjadilah perlanggaran
yang ngeri!
Setelah kami
terlelap, terbangun, terlelap, terbangun sepanjang perjalanan menaiki bukit,
akhirnya sebuah dunia baharu terbentang di hadapan mata kami. Kami seakan-akan
sudah menemukan sebuah kota yang terpinggir, yang tidak pernah didiami beribu-ribu
tahun. Sebuah dinding jam tersergam megah di atas lantai yang ditinggikan di
tengah kota itu yang dipagari oleh pagar putih sebagai lambang kota Bukit
Fraser. Dinding itu dipanjat rumput rumpai sehingga tidak kelihatan lagilah
warna asal. Di dunia itu, terdirilah perpustakaan, kedai makan, hotel, pejabat
pos tetapi semua bangunan itu yang tidak dihinggapi setitik debu itu telah
ditutup, tidak dikendalikan bertahun-tahun. Aku sudah mengagak bahawa suasana
demikian sunyi sepi kerana Bukit Fraser tidak sama menarik dengan Tanah Tinggi
Genting yang mempunyai roller coaster, Tanah Tinggi Cameron yang
mempunyai ladang hijau yang luas dan diamankan dengan kabus samar-samar yang
sejuk. Di tepi yang tidak jauh dari dinding jam, terdirilah sebuah hotel putih
yang bernama Puncak Inn. Hotel yang bercat putih seluruhnya itu seperti
bangunan zaman penjajahan Inggeris. Hotel itu mempunyai sebuah kedai kopi yang
dihias dengan meja yang serba putih dan kaca-kaca yang jernih.
Kami
membimbit bagasi, beg plastik, beg galas lalu memanjat tangga ke bilik hotel
kami. Aku agak terperanjat kerana hotel itu tidak menyediakan lif. Kesianlah orang
yang tinggal di tingkat keempat. Tangga itu memanjang ke puncak dan terdapatlah
cabang-cabang jalan ke kiri dan ke kanan di satu tingkat. Setiap tingkat itu
terbuka, disinari mata hari, diapungi selapis udara bukit halus yang dingin
segar, diteduhi daun yang lebat. Jalan lurus ke tingkat ketiga, bilik kami itu
sunyi sepi. Bangunan itu tentu dibiarkan bertahun-tahun sehingga pengurus di
bawah pun malas mengendalikan bangunan itu. Namun begitu, yang mengajaibkan
daku bahawa bangunan itu masih suci daripada kotoran dan keuzuran.
Kami
paling menyukai bilik hotel kerana berasa seperti berpindah ke rumah baharu.
Tercium oleh akulah bau lantai petak dan perabot kayu putih baharu. Adik
bongsuku terus mendapatkan lalu membaringi katil, merasai keempukan katil putih
itu. Aku pula meraba-raba butang televisyen. Bilik itu seperti bilik orang
kaya, terjaga dengan kemasnya: papan penyokong katil yang berkilat, televisyen
dinding baharu, pasu bunga kecil yang menawan hati tersusun di atas meja bawah
televisyen, kipas hotel mewah yang berbilah enam. Apabila ibu memberi tahu kami
bahawa kami akan bertolak tidak lama lagi, punggungku sudah melekati sofa
sehingga hatiku malas hendak keluar. Aku hanya hendak leka melayan Jacky Chan
di dalam bilik tetapi pada masa yang sama, aku sedar bahawa tujuan utama kami keluar
melancong, bukan terperuk di dalam bilik kecil.
Apabila
aku hendak ke tandas, aku terlihat seekor monyet yang menjenguk ke dalam dari tingkap terbuka! Monyet itu merenung aku
sahaja dengan dua biji matanya yang hitam besar, seakan-akan kali pertama
melihat manusia! Maka kalutlah aku memikirkan bahawa monyet itu akan merebut
pisang kami, memanjat belakangku lalu mencalar tanganku. Dengan kelam-kabutnya,
aku menggertak monyet itu sekuat-kuatnya: “Keluar, keluar!” sambil menggamit
tangan menyuruh monyet itu keluar. Monyet itu seolah-olah tidak paham tentang
bahasa, mengangkat sebelah kaki lagi ke atas tingkap, ingin melompat ke dalam
bilik kami. Bapaku yang berani lekas berlari kepada monyet itu lalu mengusir
monyet itu dengan suara “whoosh!”. Binatang berbulu itu lekas melompat dari
tingkap ke atas atap lalu berpaling kepada kami bersama kawan-kawan lain. Ibu
ayah mentertawakan aku pengecut. Adik bongsuku yang pendek dan baru berusia 10
tahun itu mentertawakan aku yang mencuba berkomunikasi dengan monyet tetapi
gagal.
Acara
pertama kami menunggang kuda. Penunggangan kuda, pada aku, tidak berapa seronok
kerana aku tidak dapat membuat apa-apa selain termenung di atas
kuda dan melihat pemandangan yang terhad. Lebih-lebih lagi, saudara-maraku tidak hadir, tidak dapat bersenda dan menjeritkan keterujaan dengan daku, oleh itu ombak hatiku mendatar sahaja. Walau bagaimanapun, hatiku masih berdenyut-denyut apabila aku terbayang bahawa aku terjatuh dari kuda yang begitu tinggi. Kami berkereta ke tapak penunggangan kuda yang terletak di jauh dari penginapan kami. Apabila kami sampai di sana, hatiku berdengus kerana seorang pun tidak ada di sana. Yang ada hanya daun yang diterbangkan angin. Adakah itu tempat terbiar? Mengapakah usahawan tidak mengalu-alukan kami dengan tangan terbuka? Adakah sikitnya pelanggan bermaksud terbiarnya tempat?
Sana begitu sunyi sehingga kuda-kuda gemuk mengunyah biji-bijiannya perlahan-lahan dengan mata yang hampir terlelap. Kami menjenguk kaunter tetapi sebuah kepala orang pun tidak dijumpai. Akhirnya, seorang penjaga yang selekeh keluar dari rumah rehatnya yang duduk di sebelah kandang kuda. Rupanya seperti orang yang baru bangun daripada tidur. Dengan suara seperti orang yang bosan singgah di sini kerana terlalu sepi sehingga jemu akan kehidupan, dia memberitahukan harga menunggang kuda. Sepanjang perjalanan, aku duduk dengan adik bongsu, melambai-lambaikan tangan dengan muka yang ditegaskan. Aku sengaja merupakan ketua negara Amerika Syarikat supaya ditertawakan oleh ibu bapa. Sekurang-kurangnya, cutiku tidak begitu bosan. Itu sahajalah penunggangan kuda — selepas aku dan adik kecil menunggang kuda, sampailah giliran adik sulung pula. Adik sulung memang terkenal oleh keragu-raguannya: semasa ditanyai, dia pasti mengeluarkan nada ragu-ragu yang rendah dan kasar: “Er...”; beberapa kali dipanggil dan ditanyai baru berkeputusan menunggang kuda. Semasa menunggang kuda, yang kedengaran beberapa kali ketawa kecil ibu untuk menutup keseganan sedang pokok-pokok sahajalah yang melambai kepada kami di sana. Bapa pula mengukirkan senyum, mungkin kerana dapat merdeka daripada kerja yang selalu merimaskannya untuk masa seketika.
kuda dan melihat pemandangan yang terhad. Lebih-lebih lagi, saudara-maraku tidak hadir, tidak dapat bersenda dan menjeritkan keterujaan dengan daku, oleh itu ombak hatiku mendatar sahaja. Walau bagaimanapun, hatiku masih berdenyut-denyut apabila aku terbayang bahawa aku terjatuh dari kuda yang begitu tinggi. Kami berkereta ke tapak penunggangan kuda yang terletak di jauh dari penginapan kami. Apabila kami sampai di sana, hatiku berdengus kerana seorang pun tidak ada di sana. Yang ada hanya daun yang diterbangkan angin. Adakah itu tempat terbiar? Mengapakah usahawan tidak mengalu-alukan kami dengan tangan terbuka? Adakah sikitnya pelanggan bermaksud terbiarnya tempat?
Sana begitu sunyi sehingga kuda-kuda gemuk mengunyah biji-bijiannya perlahan-lahan dengan mata yang hampir terlelap. Kami menjenguk kaunter tetapi sebuah kepala orang pun tidak dijumpai. Akhirnya, seorang penjaga yang selekeh keluar dari rumah rehatnya yang duduk di sebelah kandang kuda. Rupanya seperti orang yang baru bangun daripada tidur. Dengan suara seperti orang yang bosan singgah di sini kerana terlalu sepi sehingga jemu akan kehidupan, dia memberitahukan harga menunggang kuda. Sepanjang perjalanan, aku duduk dengan adik bongsu, melambai-lambaikan tangan dengan muka yang ditegaskan. Aku sengaja merupakan ketua negara Amerika Syarikat supaya ditertawakan oleh ibu bapa. Sekurang-kurangnya, cutiku tidak begitu bosan. Itu sahajalah penunggangan kuda — selepas aku dan adik kecil menunggang kuda, sampailah giliran adik sulung pula. Adik sulung memang terkenal oleh keragu-raguannya: semasa ditanyai, dia pasti mengeluarkan nada ragu-ragu yang rendah dan kasar: “Er...”; beberapa kali dipanggil dan ditanyai baru berkeputusan menunggang kuda. Semasa menunggang kuda, yang kedengaran beberapa kali ketawa kecil ibu untuk menutup keseganan sedang pokok-pokok sahajalah yang melambai kepada kami di sana. Bapa pula mengukirkan senyum, mungkin kerana dapat merdeka daripada kerja yang selalu merimaskannya untuk masa seketika.
Selepas
itu, kami meneruskan perjalanan ke bawah bukit untuk memanah. Aku tidak
berminat memanah pun malah membenci sukan lasak kerana aku seniwan, bukan
peminat sukan. Namun begitu, aku tidak pernah memanah, jadi aku ingin mencuba
kegiatan itu. Lebih-lebih lagi, aku akan berlagak pandai memanah di hadapan
adik walaupun aku tidak tahu supaya maruahku terpelihara. Namun begitu, aku takut juga: aku takut bahawa panah itu mengenai dan
menembusi tanganku. Pasti terlalu sakitlah tulang yang tertembus itu! Maka kami datang ke bawah
atap yang teduh. Di hadapan atap teduh, terbentanglah padang memanah yang ada
papan sasaran. Beberapa batang busur tersimpan di dalam bekas, seperti batang
golf. Seorang pemuda yang agak kacak dan lemah lembut bertutur mengajar aku
memegang busur dengan kesabaran. Aku memegang busur, mengikut perintahnya
tetapi gayaku masih pelik sehingga adik curi-curi tertawa di belakang.
“Berdiri
senget, tangan mesti tegak memegang busur. Tariklah anak panah ini hingga
pipi,” abang itu mengajarku.
Aku
sudah berdiri senget tetapi turut senget memegang busur itu.
“Tangan
mesti tegak, tangan mesti tegak...ah, macam ini,” abang itu tentu sedang
merungut dalam hati.
Bukan
akulah yang tidak dapat tegak memegang busur, Pak Cik tetapi daya tarikan
busurlah yang berat! Aku menegakkan busur, menarik anak panah dengan tanganku
yang bergetar. Kebetulanlah bahawa ibu menangkap gambar bahawa bahuku mengecut
ketika aku menarik busur sehingga adik mengejek aku pengecut.
Sukan dan
aktiviti luar lebih dihandali oleh adik. Sekalipun adik tidak pandai dalam
pelajaran, dia pandai dalam mainan komputer dan sukan luar, seperti bola
keranjang dan bola tampar. Cara pemegangan busurnya pun menyegakkannya sebagai pahlawan
yang berburu di hutan. Dia tegak memegang busur, badannya condong ke tepi,
matanya ditajamkan, ditujukan tepat kepada sasaran, bagai harimau yang sudah
menyasarkan mangsanya. Tanpa setitis peluh mengaliri pipi, dia menarik lalu melepaskan anak panah. Anak panah terus tepat
mengenai ruang tidak jauh dari titik tengah. Aku ternganga. Ibu bapa pula
bertepuk tangan untuknya sambil memuji: “Hebat!”
Begitu
sikitlah yang kami mainkan. Kami pulang ke hotel setelah habis menunggang kuda
dan memanah semasa mata hari melindungi wajahnya di balik bukit dan cahaya
kejingga-jingaannya memancar dari kaki langit. Aku berasa bahawa kami
seolah-olah petugas yang berlaku: “Oh, habislah tugas kami, jom buat tugas yang
lain; oh, habislah tugas ini, jom balik.” Oleh itu, aku mengerti bahawa untuk kami
menyeronokkan cuti tidak mudah sekali. Kami perlu ada semangat membara dan
gurau senda. Keluarga kami kekurangan itu tetapi aku menyenangi kesederhanaan
itu.
Pada
waktu malam, kami makan “makan malam berlilin”. Kami meminjam cahaya bulan
selain lampu suram yang mengindahkan suasana. Tiang jam yang dipenuhi rumput
itu yang hanya dapat dilihat bayangnya itu sunyi menjaga malam. Angin
sepoi-sepoi bahasa membelai permukaan kulit, menyertakan kedinginan yang sederhana
dan meresapi hati. Aku tersenyum sambil mencucuk ubi kayu goreng dengan garpu,
menikmati persamaan keluarga yang lama tidak diusahakan kerana aku lama
membelakangi telaga rumah, menetap di luar untuk berguru dengan pakar.
Pembacaan
malam sangat menenangkan hati. Sebelum makanan dihidangkan, aku membaca majalah
Solusi yang kuambil dari para-para lobi hotel. Dengan meminjam cahaya bulan
yang suram, aku membaca majalah. Itu alaman seronok yang aku tiru daripada
wayang. Aku suka menikmati keromantisan cahaya bulan, laksana pasangan kekasih yang mendahagai waktu
perseorangan mereka. Tidak lama lagi, tukang pesan yang berbaju kemas menghidangi kami nikmat-nikmat-Nya
yang berasap: ubi kayu goreng yang rangup, ikan lembut yang berendam di dalam
kuah ikan manis yang pekat, telur dadar dan yang paling aku gemari, ayam goreng
limau yang tidak tertahan oleh aku apabila aku melihat kuah limau yang kuning
pekat sehingga air liur pun memasami mulut dan bertakung di dalam mulut.
Setelah menyebatikan ikan lembut dengan air liur, aku memasukkan ayam goreng
limau pula yang pekat cecairnya ke dalam mulut, merasai kerangupan setiap sudut
ayam berserta kemasaman kuah limau yang cukup. Aku memejamkan mata. Bunyi mengunyahku
rangup dan jelas. Ubi goreng yang berisi menghangatkan tekak; segelas jus
tembikai membahagiakan hati. Aku tidak terperi kebahagiaan makan bersama
keluarga bawah cahaya yang suram yang menghasilkan suasana romantis itu.
Kami
kembali ke zaman kanak-kanak: duduk di atas tilam bersama untuk menonton televisyen
pada waktu malam selepas makan malam. Aku dan adik menonton Dory, cerita ikan
yang beringatan lemah sehingga sesatlah dia daripada ibu bapa. Pada pukul 9.00
malam, ibu bapa sudah terlelap di atas katil manakala aku dan kedua-dua orang
adikku masih duduk di hadapan tetingkap televisyen. Sebenarnya, wayang itu
habis awal, dalam sekitar 9.30 malam hingga 10.00 malam. Rasa mengantuk cepat
menguasai badan sehingga aku terpaksa menguap sekali demi sekali. Oleh itu, aku
tidak mempedulikan adik yang biasa berjaga malam yang sedang menyapukan jari
telunjuknya pada skrin telefon bimbit. Mataku terpejam tetapi otakku masih
belum berehat. Bibirku terangkat, tersenyum apabila terbayanglah babak-babak terharu Dory dalam benak. Entah pukul berapa, bunyi
televisyen tidak kedengaran olehku lagi...
Semasa
mata hari pukul 8.30 pagi mencerahkan langit yang bertemankan kicau burung, aku
sudah tersenyum bangun daripada mimpi dengan akal yang segar. Pagi ini kemuncak
acara pelancongan kita pada kali ini kerana kita akan berkayak. Sungguhpun kami
tidak sabar ingin berkayak, langkah aku dan kedua-dua orang adik terheret ke
lantai apabila kami disuruh berjalan ke Alan’s Water, tempat berkayak.
Aku mengetahui bahawa kedua-dua orang adikku yang malas, yang hanya hendak
terperuk di dalam bilik untuk bermain telefon bimbit benci berjalan kaki,
terutamalah adik bongsuku yang rupanya seperti awan kelam yang bakal hujan
sekarang. Aku reda sahaja akan keputusan ibu, menggesa jiwaku yang layu dalam
gajet dan alat elektronik berdamping dengan alam semula jadi: dengan daun hijau
yang menitiskan embun; dengan pokok redup yang menyegarkan udara pagi. Semasa
berjalan, aku teringat bahawa nabi-nabi dan raja-raja dahulu juga berjalan untuk
membina kerajaan yang berbatu-batu jauhnya. Jadi, tidak mungkinlah manusia sekarang
tidak dapat memanfaatkan kakinya untuk berjalan jauh. Mata hari menyelinap
antara daun, corak daun menghiasi jalan. Bunyi serangga yang pelik seakan-akan
tidak mengalu-alukan kami. Aku pun mencontoh bunyi serangga yang seperti bunyi
katak itu sehingga tertawalah adik-adikku.
Akhirnya,
kami sampai juga ke Alan’s Water sesudah berjalan agak jauh pada rasa aku.
Pintu Alan’s Water yang berkekisi hitam sudah bersinar-sinar,
mengalu-alukan kedatangan kami. Yang pertama kita lihat setelah melangkah masuk
ke Alan’s Water tasik yang terbentang luas dengan pantulan cahaya pada
riak-riak tasik. Tasik itu sungguh mejelis: wajah jernihnya memantulkan daun
pokok yang lebat, pondok kecil pada permukaan. Di tepi tasik, adalah pondok
berkayak. Sana seperti taman Cina kuno yang penuh bunga harum dan pokok redup. Di
suatu sudut tasik, terkumpullah ikan yang pelbagai warna dan saiz badan. Kami
mengayuh sampan dahulu sebelum menyuap ikan. Sampan itu digerakkan oleh kipas
di bawah dasar sampan yang disebabkan oleh kayuhan kaki pada kayuh yang
berbentuk daun. Semasa berkayuh, aku yang nakal paling suka mencari tempat yang tiada
sempadan dan sunyi, jadi aku pun mengayuh kayuh daun ke satu tempat yang kita
dapat membelok ke kanan yang tiada ketahuan pemandangannya. Adikku ikut sahaja,
ingin tahu tentang tempat misteri itu juga. Apabila kami menghampiri tempat
itu, otakku membayangkan pusaran air dahsyat yang dapat menarik sampan kami ke
bawah dasar yang tidak terduga dalamnya. Maka aku menekan batang gear sampan ke
kanan sekuat-kuatnya untuk berpusing 360 darjah.
“Eh,
berhati-hati! Ranting kayu!” adikku menjerit.
“Ranting
kayu? Apakah yang besar sangat halnya tentang ranting kayu?” aku tidak paham.
Rupa-rupanya,
adikku takut bahawa ranting kayu yang menghalang tepi jalan akan tersangkut di
bawah kipas bawah sampan sehingga sampan tidak dapat bergerak dan tenggelam.
Dahsyat jugalah pikiranku itu! Kami pun berusaha menekan batang gear ke kiri,
berkayuh secepat mungkin untuk mengelakkan ranting setan yang membawa musibah.
Maka
bertemulah sampan aku dan adik dengan sampan ayah dan adik bongsu. Aku membuat lagak ingin melanggar sampan mereka. Ayah tersenyum
sehingga memperlihatkan gigi, mentertawakan aku yang sudah berusia 19 tahun
tetapi masih keanak-anakan. Adik bongsuku pula memperlihatkan dua biji gigi
arnabnya sambil berteriak: “Woi! Jangan langgar!” Ketawanya yang berdekah-dekah
menandakan bahawa dia menikmati keseronokan itu.
Penyuapan
ikan mainan kami sejak kecil lagi. Aku terpuas apabila melihat bahawa ikan berebut-rebut
makanan, berlanggar-langgar dengan mulut masing-masing. Kami membeli sebungkus butir
makanan ikan yang membusukkan tangan daripada seorang Pak Cik yang juga menjaga
sampannya. Adik bongsuku tertabur butir yang terlalu banyak di satu kawasan
sehingga air berkocak, ikan saling menghimpit. Adikku berdekah-dekah semasa
melihat sekawan ikan tidak berakal yang berebut-rebut beberapa butir makanan
yang tidak bernilai itu. Aku yang bijak pula menabur beberapa butir di sudut
sini, di sudut sana supaya ikan yang sesak nafas dapat beredar, pergi ke
kawasan yang lebih damai untuk menikmati masa mengisi perut bersendirian. Aku
kadangkala menabur butir yang banyak di suatu kawasan untuk sengaja melihat
ikan yang meronta-ronta dengan ekor yang cergas dikibas ke atas permukaan ayat
untuk berenang ke arah makanan itu. Kawan ikan itu terlalu lapar sehingga
mengikut manusia ke mana-mana. Asalkan manusia berdiri di tepi tasik, ikan
pasti berduyun-duyun, mengangakan mulut, seakan-akan sedang berkata: “Nak
makan, nak makan!”
“Kesianlah
ikan, kan? Sesetengah ikan hanya sempat merebut sebutir makanan, tak kenyang
langsung,” aku berkata kepada ibu.
Kesianlah aku terhadap ikan yang tidak dapat mengenyangkan perutnya setiap hari oleh butir makanan yang begitu sikit dilemparkan oleh pelawat. Keadilan tidak wujud di tasik itu. Ikan yang kecil berlanggar, menghalang ikan bermisai besar yang bergerak lambat, menyerapkan butir makanan ke dalam mulut dengan kelajuan sepintas kilat.
Kesianlah aku terhadap ikan yang tidak dapat mengenyangkan perutnya setiap hari oleh butir makanan yang begitu sikit dilemparkan oleh pelawat. Keadilan tidak wujud di tasik itu. Ikan yang kecil berlanggar, menghalang ikan bermisai besar yang bergerak lambat, menyerapkan butir makanan ke dalam mulut dengan kelajuan sepintas kilat.
Tiba-tiba,
aku menyedari bahawa diri begitu bahagia kerana mendapat makanan tiga tempoh
sepenuhnya — sarapan, makan
tengah hari, makan malam. Sandwicku juga disapu dengan kaya dan mentega oleh
ibu! Nasibku lebih bahagia seribu ganda jika dibandingkan dengan nasib ikan di
tasik. Ikan di tasik beratus-ratus ekor banyaknya tetapi yang merasai nikmat
makanan mungkin 1 % ekor sahaja. Keadaan lebih teruk lagi apabila tiadalah
pelawat dan penjaga yang menabur makanan ke tasik. Ikan-ikan itu terpaksa
kelaparan dari siang hingga malam. Nasib baiklah ikan-ikan itu ada ingatan tiga
saat sahaja sehingga dapat melupai kelaparan dan bangkit semangat, terus
berenang.
Oleh
itu,...
“Mak,
boleh tak membeli makanan ikan lagi?” aku tersengih.
“Baiklah,
lima bungkus lagi awak beli — itu had ya!” ibu berkata sambil menghulurkan lima ringgit.
Hentian
kami terakhir dalam pelancongan ini taman strawberi. Taman strawberi tidak luar
biasa padaku tetapi lebih baiklah aku berjalan di taman strawberi yang dipenuhi
bunga yang warna-warni dan daun yang kehijau-hijauan yang menyelesakan mata dan
batin daripada memaksakan semua cahaya nuklear yang merosakkan mata hari demi hari daripada telefon bimbit. Aku mengagumi
bunga-bungaan di pasu yang hidup tenang di sini, tidak perlu merisaui apa-apa,
hanya memejamkan mata, menikmati belaian lembut angin siang, menari dalam
kedinginan angin malam. Bunga-bungaan yang sudah lama sunyi di sini pasti
mengharapkan kedatangan orang yang meneliti keayuan mereka. Setelah kami
berpusing sekeliling, kami pun balik ke penginapan.
Pada pagi seterusnya, kami terpaksa melambaikan tangan
kepada penginapan yang sangat aku rindui oleh dinding putih sucinya, televisyen
dinding berkilatnya, laut katil empuknya, bau papan katil yang harum...segala-galanya.
Pelancongan ini memang berlalu amat pantas, tidak sempatlah kami menjalani
setiap ceruk yang ditutupi selapis misteri. Kalau ibu menanyai aku sama ada cuti
itu menarik, aku akan melengkungkan kening, menaikkan bahu lalu berteriak:
“Macam ini saja?” Biarpun singkat, cuti ini tetap telah mengikis sebanyak
sedikit debu dan daki yang bersarang dalam hati. Sekurang-kurangnya aku telah
menyingkap tudung misteri sebuah kota terpinggir yang suci daripada tikaman
peredaran masa di Bukit Fraser.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpisahan yang Rela?
Perpisahan? Kalau berpisah, mengapakah saya tidak mempunyai rasa, malah bersikap rela? Aku sendiri tidak tahu tentang cara mengungkapkan p...
-
Tidakkah anda bosan? Dalam 24 jam, kita hanya berhadapan dengan telefon pintar. Diam sahajalah kita. Itu kerja kita setiap hari....
-
Kehidupan yang ringkas sering menambat senyum pada wajah. Aku tidak cemburu lagi akan kawanku. Pada hari ini, daripada kawanku itu sendiri, ...