Wednesday, June 21, 2017

Iman Kosong

     Aku tidak hendak bercakap buruk tentang orang lain. Aku meyakini karma. Keburukan orang lain yang kita sebarkan kepada kawan pasti mengenai diri pada suatu hari.

     Tertekanlah aku yang mendengar bisik sesama kawan tentang keburukan orang lain. Aku hendak berpegang teguh pada prinsipku: tidak mendengar umpat orang lain; tidak menertawakan kemalangan orang lain; tidak menyebarkan keaiban orang lain.

     "Awak tahu tak? Pada hari ini, XXX itu berlagak seperti raja, selalu memerintah kami sahaja...." Kawan A bermula mengangkat kening, mendekati muka kawan B, memerlahankan suara. Mukanya serius tetapi pelbagai corak riak wajah.

     Aku meluat apabila melihat mukanya yang keji. Aku bukan orang begitu. Sekalipun dia kawanku, aku tidak mungkin menerima semua perwatakannya. Aku tidak suka kepada perwatakan yang suka berpura-pura baik, positif dan canggih tetapi kadangkala merungut kepada orang lain. Maka aku duduk di katil, melayan buku diri.

     Namun begitu, yang aku benci bahawa aku tidak dapat mengusir desas desus mereka daripada telingaku. Aku membaca kata-kata pada buku tetapi semua kata tidak masuk ke dalam otak ——  mata sekadar melayang melepasi kata-kata yang tidak bermakna. Hatiku terangsang untuk mendengar khabar mereka. Apabila mereka mengatakan keburukan orang lain, hatiku yang, pada asalnya hampir layu oleh rutin kehidupan yang mentertekankanku, mendetikkan nyawa kembali ke dalam jiwaku yang kering keras.

     Keburukan orang lain mencorakkan kehidupan yang pudar itu. Sedihnya kehidupan begini. Di manakah iman yang kujanjikan dahulu —— tidak mendengar dan mengatakan keburukan orang lain? Namun begitu, jika aku tidak mengumpat, aku orang bosan pada pandangan kawanku dan dalam kehidupanku, aku robot yang kaku akan aturan sahaja, tidak menarik langsung. Apakah erti keseronokan kehidupan? Apakah yang harus aku pikirkan —— pada saat itu, aku merasakan bahawa umpat mereka itu agak menarik minatku untuk aku mengetahui umpat itu lebih lanjut. Kehidupan lebih anjal dan menarik jika bercampurlah keburukan dengan kebaikan; jika adalah umpat dalam kata-kata yang mulia?

     Soalku yang telah berpuluh-puluh tahun berlegar dalam akal: pegangan atau kegembiraan daripada kejahatan yang menggembirakan hati lebih penting?

No comments:

Post a Comment

Perpisahan yang Rela?

 Perpisahan? Kalau berpisah, mengapakah saya tidak mempunyai rasa, malah bersikap rela?  Aku sendiri tidak tahu tentang cara mengungkapkan p...