Wednesday, June 21, 2017

Lakonan Semata-mata demi Lakonan?

     "Ya Rasul, Ya Nabi Muhammad —— kami rindu kepadamu! Kami cinta kepadamu! Ya————“

     Seorang pensyarah tua yang berjanggut putih panjang memanjangkan dan meneriakkan kata "ya" sehingga suaranya bergetar, menjadi laungan yang mengharukan hati. Anak-anak buahnya mendendangkan nada yang sayu di belakangnya sebagai lagu latar. Tangannya tertadah, bergetar; kepalanya turut bergetar, wajahnya sayu, mukanya kedut menyatakan kerinduan akan Nabi Muhammad s.a.w.. Sekalian penonton mengangakan mulut separuh, mata tidak dapat terlepas dari tubuh orang tua yang terburu-buru itu, terutamalah anak-anak buah perempuan yang melompat-lompatkan punggungnya sambil menunjukkannya, menjerit: "Tengok, tengok! Ayah!" Laungannya, rintihannya, kata-kata cintanya dalam sajaknya menyebabkan bahawa iman orang Islam di bawah pentas itu menebal; memerah tangisan hati; menyesalkan mereka akan dosa-dosa dahulu.

     Rasanya sungguh kaya; kecintaannya sungguh tebal kepada rasulnya. Aku tidak dapat menahan kelucuan yang tiba-tiba bergema dalam hati, bertukar kepada bahak sekali. Keterlaluannya menggeleng-gelengkan kepalaku. "Betulkah dia begitu cinta? Dia ada anak murid perempuan ayu yang banyak. Dia hendak memenangi hati mereka agaknya," aku berpikir.

     Tidak mungkin. Orang tua itu tidak mungkin keterlaluan kerana menghendaki tepuk dan kekaguman kepada bakat berlakonnya. Itu laungan kecintaan benar; setiap orang Islam mencintai rasul dan Allah dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya. Aku tidak patut meragui kecintaan itu. Mereka sangat tulus terhadap pencipta dan pembawa berita mereka.

     Namun begitu, akalku tidak berhenti membayangkan bahawa pensyarah yang berjanggut labuh itu mengangguk-angguk, berpuas dalam hati: "Haha, akhirnya pertunjukanku dapat memukau semua orang sedang ini hanya lakonan." Adakah setiap "Ya Allah", "rindunya aku kepada rasul" dan "engkau cahaya petunjuk kehidupan kita" lahir daripada hati ikhlas? Adakah laungan yang begitu menyayukan hati, menitiskan air mata itu hanya menggetarkan hati semasa dia berada di atas pentas atau dalam kesunyian, dia selalu melaungkan betapa telanjangnya kecintaan hatinya kepada nabi, rasul dan Allah?

     Adakah keterlaluan itu hanya ingin diluahkan di hadapan khalayak atau memang tertahan dalam hati walaupun orang tua itu bersendirian?

     Orang tua memang amat warak kepada Allah dan rasul, nabi yang dilantik-Nya kerana mereka sudah menapak kehidupan setengah abad; sudah jelas tentang hakikat diri dan kehidupan. Maka tidak menghairankan kitalah bahawa dia melaungkan "Ya Allah" panjang, sayu, sayup-sayup sehingga menitiskan air mata. Namun begitu, kecintaan sebenarnya bukan laungan yang mengharukan hati tetapi gema dalam hati yang berlagu dengan denyut yang tidak putus berzikir...

     Tidak, tidak. Aku tidak patut meraguinya.

No comments:

Post a Comment

Perpisahan yang Rela?

 Perpisahan? Kalau berpisah, mengapakah saya tidak mempunyai rasa, malah bersikap rela?  Aku sendiri tidak tahu tentang cara mengungkapkan p...