Friday, June 23, 2017

Tabiat Pelik di Jalan Raya

     Aku tidak mengetahui sama ada anda memunyai tabiat pelik yang sama dengan aku. Di jalan raya, apabila ayahku menyalakan isyarat dan kereta hadapan kebetulan mengelipkan isyarat juga, aku suka merenung isyarat kereta hadapan sehingga seluruh otak dikuasai oleh rentak isyarat yang tertentu itu. Selepas itu, aku akan membandingkan rentak kereta hadapan  dengan rentak isyarat kereta ayah. Aku selesa kalau kedua-dua isyarat itu berkelip pada masa yang sama. Kalau rentak itu tidak sama, mataku akan memaksakan bayangan kedua-dua rentak isyarat yang sama.

No comments:

Post a Comment

Perpisahan yang Rela?

 Perpisahan? Kalau berpisah, mengapakah saya tidak mempunyai rasa, malah bersikap rela?  Aku sendiri tidak tahu tentang cara mengungkapkan p...