Wednesday, June 21, 2017

Bentuk Riak Juga?

    Pada hari ini, aku menemui Dr. Rajeswari yang menulis sajak. Sajak beliau selalu disiarkan dalam surat kabar. Dengan wajah yang bercahaya, aku memberi tahu beliau bahawa aku juga menulis beberapa puisi. Betapa ghairahnya hati ini ingin menjujurkan minatku dalam penulisan. "Teruskan, teruskan," Dr. Rajeswari mengangguk puas.

     Beberapa hari lepas, aku telah menyiapkan satu novel. Novel itu sesungguhnya susah disempurnakan kerana makan dan semangat berminggu-minggu serta halaman yang beratus-ratus. Setelah menyiapkan novel, orang pertama yang ingin aku kabari Puan Nurul Rabihah yang telah menulis berpuluh-puluh novel —— idolaku. Walau bagaimanapun, jariku yang ingin menaip mesej telefon berhenti tiba-tiba di udara. Angan-anganku datang secara tiba-tiba. Aku berpikir: "Adakah aku patut mengkabarinya? Tapi, kalau aku mengkabarkan jayaku ini, aku macam menulis novel untuk pengetahuan orang lain saja, bukan ikhlas menulis novel; bukan menulis novel kerana semata-mata menyukai penulisan...orang yang berjaya tidak akan menyebarkan jaya mereka sebaliknya berusaha dalam kegelapan, kesibukan, kelaraan, hujan, ribut...

     Daripada sudut lain, aku memikirkan bahawa perkongsian kabar baik ini bukan keriakan juga kerana munasabahlah untuk aku berkongsi kegembiraanku dengan orang lain —— sekadar berkongsi kegembiraan dan kepuasan jaya, tidak adalah yang lain; tidak adalah keriakan. Lebih-lebih lagi, itu usaha kerasku. Sebagai manusia, aku berhak mendapat pujian sebagai ganjaran kelelahan hati; sebagai siraman hati yang tumbang beberapa kali oleh keputusan idea.

     Hatiku ini tidak berhenti riak. Aku memberitahukan kehebatanku dalam penulisan kepada orang lain. Itu bukan pejuang sebenarnya —— itu hanya perjuangan yang semata-mata menghendaki kepastian orang lain. Namun begitu, aku menyukai penulisan juga —— benar. Jika aku tidak riak, menyimpan segala kegembiraan kerana kesiapan sesuatu karya dalam hati sahaja, hatiku ini tidak selesa, selalu melanggar lapis luar yang bersarang, ingin meyingkap tingkap kepada dunia luar; ingin berkongsi dengan manusia, terutamalah usaha yang sungguh-sungguh, yang memerlukan siraman pujian yang manis, seperti air tawar yang memerlukan sirap untuk menjadi tarikan kedahagaan orang ramai.

     Pedihnya penjadian orang baik. Tiadalah orang yang mulia seratus peratus. Memang benarlah pepatah bahawa manusia tidak dilahirkan sempurna tetapi dilahirkan untuk membaiki kekurangan diri.

No comments:

Post a Comment

Perpisahan yang Rela?

 Perpisahan? Kalau berpisah, mengapakah saya tidak mempunyai rasa, malah bersikap rela?  Aku sendiri tidak tahu tentang cara mengungkapkan p...